CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2483|Reply: 2

Warna Rambut Lelaki Yang Menjadi Pilihan Wanita?

[Copy link]
Post time 26-11-2015 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA

Jika sebelum ini, banyak sifat wanita yang dihuraikan, yang mana jadi pilihan lelaki, penampilan mana yang menarik perhatian dan sebagainya.


Kini, wanita juga mempunyai pilihan mereka sendiri terutama dari segi penampilan lelaki. Dalam entry ini, bakal diketahui warna rambut bagaimanakah di kalangan lelaki yang sangat digemari oleh kaum wanita?   


Ya, jangan terkejut kerana rambut lelaki juga memainkan peranan dalam menarik perhatian wanita, agar mereka berasa lebih jatuh cinta kepada lelaki itu. Agak-agak, dalam banyak-banyak rambut lelaki, wanita cenderung menyukai warna rambut perang, coklat, hitam atau bagaimana?






Terdapat sebuah kajian menerusi laman web Whatsyourprice.com mendapati lelaki berambut perang kurang digemari wanita.


Kajian itu dilakukan terhadap 145,000 orang lelaki pada bulan Jun dan Julai 2015 mendapati kaum lelaki memiliki rambut perang paling sedikit mempunyai kekasih atau teman.


Ini kerana ada pandangan stereotaip mengenai lelaki berambut perang. Mereka ini dikatakan lebih suka 'enjoy' dan kurang memberi komitmen. Sebab itu kaum wanita mengelakkan lelaki sedemikian.


Sebaliknya, wanita memilih lelaki yang berambut gelap seperti coklat kerana bukan sahaja nampak menarik, malah seksi.  Begitu juga dengan lelaki yang berambut hitam, wanita menyenangi lelaki sebegini. Ini kerana mereka dilihat memikat dan menarik.








Nampaknya, warna rambut juga memberi gambaran personaliti seseorang lelaki itu, bukan? - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2015 06:37 PM | Show all posts
Mestilah itam TT.. kalau yang mmg sejak azali perang tu xpelah.. yg ngada2 nk kaler2 bagai sila nyah jauh2 dari idup jelita
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 11:25 PM | Show all posts
no wonder si awal kaler rambut blonde.. hahahah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.058745 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list