CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2697|Reply: 1

Adakah Anda Suami Terhebat? Intip Petua Melayan Isteri

[Copy link]
Post time 25-11-2015 04:22 PM | Show all posts |Read mode



Oleh Fyruz Hanna




apakah ciri-ciri suami terhebat?


1. Solat 5 waktu
2. Sedap mata memandang
3. Bukan kaki pukul
4. Bertanggungjawab
5. Penyabar?






Ya, ini memang ciri-ciri suami dambaan isteri. Sebagai lelaki, anda harus tahu juga melayan isteri bukan hanya hebat diranjang tapi juga hebat setiap masa.


Wanita kan sememangnya tak sempurna, selagi anda tidak bentuk menjadi seperti apa yang anda inginkan.
Sebagai seorang suami penyayang, anda harus tahu manjakan isteri supaya mereka terlena dengan kasih sayang anda, tapi bagaimana?:


Ini petua melayan isteri:


1.Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana2 bahagian yang biasa dicium….


2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you lebih mudah.


3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.


4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.






5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…


6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.


7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri2 Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.


8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.


Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul2 sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik.


Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu2 sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang. -CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2015 06:31 PM | Show all posts
kan best ciri2 suami kat atas nie .... tp xsume dpt yg sempurna....
terima seadanya..... moga Allah pmudahkan segalaNya utk aku & suami ...Aamin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.140299 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list