CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3800|Reply: 14

Terjun Bangunan Sebab Isteri Tak Nak Masak

[Copy link]
Post time 23-11-2015 10:59 PM | Show all posts |Read mode
Jiaozuo (China): Gara-gara merajuk kerana suaminya enggan memasak mi, seorang wanita mengancam terjun dari tingkat empat sebuah apartmen di sini baru-baru ini.
Kejadian berkenaan dipercayai berpunca selepas si suami mahu memasak nasi untuk hidangan tengah hari, tetapi wanita itu mendesak meminta mi.

Pasangan itu dilaporkan bertengkar selepas si suami enggan menuruti kemahuan isterinya dan terus memasak nasi.
Kerana merajuk dengan sikap suaminya itu, wanita berkenaan bertindak memanjat tingkap di kediaman mereka dan mengancam untuk terjun.
Wanita berusia 50-an itu dilihat duduk di atas belebas tingkap kediamannya yang terletak di tingkat empat.

Saksi berkata, wanita itu menjulurkan kakinya ke bawah tingkap dan mengancam terjun.
“Dia sangat emosi dan menjerit serta mengancam untuk membunuh diri,” katanya.
Beberapa jiran cuba memujuk wanita itu supaya turun, tetapi dia enggan menyebabkan suaminya menghubungi bomba untuk meminta bantuan.
Apabila bomba tiba wanita itu masih enggan turun dari tingkap dan terus menjerit memarahi suaminya.
Bagaimanapun, selepas sejam dipujuk bomba wanita itu akhirnya bersetuju turun dari tingkap.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dpt laki nk masakkan nasi pun dh hbs baik...dpt laki bewak baru taw...dh tua2 pun gediks patut laki tolak je dr blkg biar mati betul...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 09:12 AM | Show all posts
tajuk misleading
ingatkan suami yg terjun
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 10:14 AM | Show all posts
huntongla laki nak masakkan nasi
dr kebykkan laki yg tau m'cekik je
pastu m'buta bila dah kenyang...lagu haru
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 11:19 AM | Show all posts
sengalll...
ok ler tu ..dia nak gak masak wapun minta mee, dia masak nasi
drpd dpt laki duk terkangkang depan tv mcam tuan besar semua nk disediakn
baru tau..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 11:33 AM | Show all posts
huntung la laki dia kalau dia terjun
boleh kawen lain hahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2015 12:38 PM | Show all posts
Haiyoo Ahsoo pigi beli kat kedai lor Remen Mi shop kan merata ada
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 01:39 PM | Show all posts
untong ada laki tolong masak..

dari dpt laki tunggu panggil makan je

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 04:23 PM | Show all posts
Igt muda lagi makcik ni...da layak gelar nenek pun.
Ada la tu nenek tu tak puas hati ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nk diet. Laki plak masak nasi. Hihiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:31 PM | Show all posts
tu pon nk majuk. huh
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:56 PM | Show all posts
padia tajuk lain cita lain
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 12:25 AM | Show all posts
ayooo..dah bagus la tu laki kau nak masak nenek oiiiiiiii.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 10:14 AM | Show all posts
tetua pun ngada ngalah budak tadika aih..
pang sedaih tercabut gigi plesu baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 01:54 AM | Show all posts
Makin tua hati lagi senang terasa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.372088 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list