Anda rasa anda sudah cukup 'sado' sebab anda ke gim setiap hari? Anda rasa adakah kehadiran anda di gim tersebut sebagai memenuhi tempat tersebut tanpa tahu anda sebenarnya melakukan banyak kesalahan?
Harapnya, tulisan ini membantu anda untuk tidak melakukan kesalahan di gim
1. Panaskan badan terlalu lama
Seorang jurulatih Romania Istvan Jarovek, berkata aktiviti memanaskan badan adalah mengarut dan membuang masa. Walaupun ada kajian mendapati memanaskan badan boleh membantu mengelakkan kecedraan namun janganlag memanaskan badan terlalu lama.
2. Tak sedar kelemahan diri
Ramai orang di gim mencuba segala jenis alatan di gim. Tahukah anda tak semua alat itu mampu anda lakukan. Seeloknya minta pendapat tenaga pengajar dan jangan memaksa diri membuat sesuatu diluar kemampuan anda.
3. Abaikan senaman kaki
Ramai bukan yang mempunyai badan sado namun kaki sekurus ikan bilis? Buruk kan. Pilih senaman yang mencantikkan bukan sahaja tubuh anda tetapi juga mencantikkan seluruh badan anda.
4.Guna alat senaman yang sama
Balik-balik anda guna threadmill, memang akan menyebabkan anda cepat bosan ketika di gim. Sebaiknya, tukar rutin 'work out' anda bagi mendapatkan kesihatan dalam jangka masa yang panjang dan yang paling penting anda bukan sihat bermusim. -CARI Infonet.