View: 4136|Reply: 25
|
[Tempatan]
PPR: Penyewa liat bayar sewa 'akan' diusir
[Copy link]
|
|
TELOK KEMANG 22 Nov. – Penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang liat atau enggan menjelaskan sewa bakal berdepan dengan tindakan tegas termasuk pengusiran berikutan penubuhan Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara selewat-selewatnya tahun hadapan.
Perbadanan itu bagi menggantikan fungsi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ogos lalu dan akan dibentang di peringkat Kabinet tidak lama lagi.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempat­an, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, perbadanan tersebut ditubuhkan khusus bagi mengurus dan menyelenggara lebih 100,000 unit PPR di seluruh negara termasuk berkaitan sewa.
“Kita kena bertegas bahawa me­reka yang tidak mahu membayar (sewa) RM124 ini akan diberi amaran secukupnya, tetapi sekiranya masih degil mereka akan diminta keluar daripada rumah itu.
“Kita tidak mahu ketidakadilan berlaku kepada puluhan ribu rakyat yang sedang menunggu untuk mendapatkan rumah PPR,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Solid Waste Modular Advance Recovery and Treatment (Smart) di Tapak Pelupusan Sanitari Bersepadu, Ladang Tanah Merah, di sini semalam.
Ujar beliau, tindakan juga akan diambil terhadap pemilik atau penyewa PPR yang mengaut keuntungan tinggi dengan menyewakan unit mereka kepada pihak ketiga termasuk warga asing.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai ‘penyakit’ yang perlu dihentikan, beliau menjelaskan rumah itu dibina oleh kerajaan bagi membantu rakyat miskin dan tindakan tegas akan dikenakan ke atas mereka tanpa kompromi.
“Saya rasa sudah tiba masanya PPR tidak disalahguna oleh orang yang tidak sepatutnya. Saya bersimpati kerana ramai yang layak memohon PPR tetapi tidak berpeluang kerana ada yang menyalahgunakan fasiliti.
“Jika ada yang dianggap sudah berkemampuan, mereka tidak se­patutnya tinggal di PPR kerana saya hendak bagi peluang kepada puluhan ribu rakyat Malaysia yang masih memerlukan,” kata beliau.
Dalam pada itu, beliau turut me­lahirkan kekecewaan ke atas apa yang dihadapi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai sikap penghuni PPR yang enggan membayar sewa yang kini jumlahnya mencecah RM50 juta.
"Bukan senang untuk kerajaan membina rumah ini yang sekarang kosnya mencecah RM150,000 seunit. Kita kena faham duit rakyat banyak dilaburkan untuk subsidi bagi projek PPR ini, jadi penghuni mesti menunaikan tanggungjawab mereka.
“Saya rasa itu tidak dapat diperoleh di mana-mana. Letakkan tanggungjawab untuk membayar sewa itu sebagai keutamaan, rokok kemudian, Astro pun kemudian, tetapi bayar rumah dahulu,” katanya.
Tambah Abdul Rahman, pihak­nya tidak akan mengkaji semula syarat kelayakan permohonan rumah PPR memandangkan masalah yang dihadapi PBT adalah berkaitan sikap manusia (penyewa).
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus kasi tendang jer puak ni..pedulikan salakan NGOk rasis melayu yg akan backing penghuni PPR yg kena tendang nih |
|
|
|
|
|
|
|
halaukan je. tak sedar di untung. astro mampu bayar, sewa tak bayar |
|
|
|
|
|
|
|
halau pastu sealkan terus rumah tu..
baru semua ada akal..
|
|
|
|
|
|
|
|
ader bran ke nk halau kluar sedara mara ktua bhg, ktua caw spesis korang gak... |
|
|
|
|
|
|
|
tertunggak sampai 10k baru nak halau...mimpi jela, kang dipanggil YB la ADUN la PM la |
|
|
|
|
|
|
|
ktua bhg, ketua caw..smua dpt elaun umah...umah smua disediakan...ni smua set2 caprut je byk duduk...
|
|
|
|
|
|
|
|
entah laa.....korang pikir laa sendiri.....koa nak komen bukan kat tempat deme.... |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah yang aku sewa ni lewat bayar seminggu pun kena halau. Apatah lagi kalau berbulan-bulan lamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
kt mana2 pon...penyewa x byr...kasi halau..
x leh bg muka...
dh bln ke 2 x byr,...trus sound kuar dr umh
jgn kasi can lg...nti trus jd berbln2 |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan takat asteruk... kete tempatan modified naak jadi kete jepon pon mampu dibeli, sewa xnak bayar.
|
|
|
|
|
|
|
|
maaf kami tak mampu bayar sewa rumah sebab nk kena bayar bill astro
malu la kami kalau bumbung rumah takde piring astro |
|
|
|
|
|
|
|
jangan ugut aje nk halau
kasik buat
lepas tu kalau la ada mogok ke demo ke
dihencap dek rakyat
jangan nanti lembut hati |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus. Sila bertindak tegas. RM124 sebulan adalah terlampau murah. Ini pon x dibayar. |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 23-11-2015 11:58 AM
Bagus. Sila bertindak tegas. RM124 sebulan adalah terlampau murah. Ini pon x dibayar.
betul, halau je.. 124, blik pun xdpt nk sewa dgn nilai tu, inikn umah.. xsdar di untung btl
klu dia pnggil yb, adun smua n kuar tv mntk pmbelaan, mai nk hencap smua mkhluk tu
sblm halau tu, mntk siasat dlu, kot2 btl ada wrga emas, ibu tunggl, org skit kritikal or oku yg btl2 susah, xde astro n xde kete modified trlibat..yg tu kami maafkn |
|
|
|
|
|
|
|
kalau halau nanti depa kata kerajaan dah tak ada duit |
|
|
|
|
|
|
|
Yeah....halau je pprt pprt sekalian.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lahanat betui, dah dibantu tak nak mmbayau pulak... Benda lain boleh pulak beli or suscribe yg jauh lgi mahal dr sewa rumah ko tu... |
|
|
|
|
|
|
|
sita je barang2 rumah tuh. cabut tv astro. tgk leh hidup x |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti ada yang bela.... lif tak diselenggara baik la, lori sampah tak pungut sampah la... |
|
|
|
|
|
|
| |
|