View: 4793|Reply: 12
|
Mahu Korek Telaga, Terjumpa 'Istana' Bawah Tanah
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Seorang petani terkejut apabila menemui gua karst di bawah halaman belakang rumahnya ketika menggali perigi.
Lelaki dikenali sebagai Zang itu membuat penemuan berkenaan 65 kaki di bawah tanah di rumahnya di daerah Qixian, wilayah Henan.
Kini orang ramai dari seluruh negara datang ke rumahnya untuk melihat gua misteri berkenaan.
Klip video selama tiga minit menunjukkan wartawan membawa kamera menunjukkan gua bawah tanah itu dengan ribuan stalagmit dan stalagtit berbentuk unik diperbuat daripada batu kapur, yang membentuk tiang serta teratai.
Zang berkata dia sekeluarga menggali perigi itu sejak 2007 kerana tanah itu tidak subur langsung. Pada 1 Oktober lalu mereka menemui gua bawah tanah berkenaan.
“Pada mulanya saya menyangka sudah menemui kubur, tetapi nyata kawasan ini terlalu besar. Hasil pemeriksaan mendapati ia tidak ubah seperti istana bawah tanah,”
Sumber info : http://www.dailymail.co.uk/ |
|
|
|
|
|
|
|
Bole buat duit nih...hehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Kene halau dari tanah tu nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa tahu kan korek2 bawah rumah ada tempat bersejarah |
|
|
|
|
|
|
|
Spidey pulak berharap kalau Spidey korek tanah rumah terjumpa simpanan minyak petroleum yang besar dan Spidey akan berfikir untuk menjualkan rumah Spidey kepada Petronas.
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm kat Qatar mrk baru jumpa istana lama yg ditimbus pasir |
|
|
|
|
|
|
|
ape lg yg dijumpai di bawah tu? ade gmbr lg tak. |
|
|
|
|
|
|
|
macam gigi taring pulak stalagmit(?) stalagtit(?) tu |
|
|
|
|
|
|
|
untung laaa jadi femes...haha |
|
|
|
|
|
|
| |
|