CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4307|Reply: 13

The World Of Warcraft Bakal Ditayang Jun 2016!

[Copy link]
Post time 19-11-2015 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO

sumber foto : google image





Warcraft : The Beginning merupakan salah satu permainan berbentuk MMORPG yang popular di seluruh dunia.


Kini, sebuah filem adaptasi daripada permainan berkenaan bakal ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan.


Pengarah filem ini adalah Duncan Jones, beliau pernah mengarah filem seperti Moon dan Source Code. Skrip filem ini ditulis oleh beliau bersama penulis skrip Blood Diamond iaitu Charles Leavitt.


Barisan pelakon filem ini termasuk Toby Kebbell, Robert Kazinsky, Daniel Wu, Travis Fimmel, Ben Foster, Ben Schnetzer, Dominic Cooper dan Paula Patton.


Selepas teaser ringkas sebelum ini, trailer pertama untuk filem berkenaan telah pun diterbitkan.


Warcraft yang mengisahkan tentang pertemuan antara bangsa manusia dengan Orcs, membawakan pelbagai aksi perang termasuk permulaan saga pertelingkahan antara dua bangsa ini bagi menyelamatkan keturunan masing-masing.


Sehingga sekarang, jumlah tontonan trailer ini di laman Youtube sudah mencecah 8 juta sejak ia dimuat naik pada Jumaat, 6 November.


Filem Warcraft bakal ditayangkan di pawagam antarabangsa pada Jun 2016. - CARI Infonet




sumber info : http://www.nowrunning.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2015 09:36 AM | Show all posts
kalo x main game ni ,boleh paham x nanti,sapa sini Master of The warcraft !?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Letak la trailer wartawan cari yg pemalas oiii:zz
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 06:56 PM | Show all posts
penah main warcraft nih...sampai abes gak laa....tapi byk version rupanya
lupa dah...

yg aku ingat..bawak hero masuk kampung...sembunyi n carik route plg selamat ntuk sampai ke point dia...

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah main dulu frozen throne
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 07:49 AM | Show all posts
Pnah main warcraft: reign of chaos dan warcraft: frozen throne...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2015 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahah. Kalau main warcraft..wajib tau cheat code
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2015 04:36 AM | Show all posts
sbb thread dah ada iols letak je trailer kt sini ye

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2015 10:10 AM | Show all posts
bluezink replied at 20-11-2015 09:36 AM
kalo x main game ni ,boleh paham x nanti,sapa sini Master of The warcraft !?

kucing pun nak tanye soalan yg same
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 05:02 PM | Show all posts


trailer terbaru
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 09:46 AM | Show all posts
dulu main fozen throne... aku suka citer game action adventure macam ni.. hope tak mengecewakan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 11:06 AM | Show all posts
Dah tgk semalam cerita simple dan mudah dihadam

Hero tu memula aku ingat heath ledger.. bukan
CG gempak gak

Kiranya klu nak kata beginning memang tepat la story line
Sorry ini pandangan aku yang tak main game warcraft ni..
Aku memang peminat citer ala2 dungeon and dragons ni
Nak2 time mamat(Khadgar) yang tak habis belajar magic tu lawan Medivth..
Klu lah mamat tu boleh lawan dengan gouldan masa last tu lagi best..
Anyway citer ni simple utk berhibur dengan sidikit info pasal warcraft memang ok bagi aku

Cumanya watak garona tu cam boleh bagi orang lain kot next time cam kurang kena..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 01:28 AM | Show all posts
Dah tengok.

Bagi aku filem ni memang best dari segi plot, grafik, dan sinematografi. Setanding dengan Lord of the Rings.

Aku sebagai peminat game Warcraft tak sabar nak tunggu sequel filem ni!
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 01:10 AM | Show all posts
(kalau mau berpikir positif), muvee ini dibuat sebagai penghormatan terhadap para pencandu video game itu. Yang takmencandu? Ya silakan mengikutinyadengan konsentrasi tinggi.. untuk memahami apa yang sebenarnya terjadi..dengan durasi hmpir 2jam lebih boleh faham ke tak sbb lore die panjang sangattt. kenapa orc dtg azeroth. kenapa ada orc hijau ada orc merah. kenapa ada orc baik kenapa ada gila. mcm mana orc bole dtg azeroth, ape pasal medivh tolong guldan , dan rase tak sedap hati dgn cgi die
,kalo nak nak tahu hero dia yg main watak anduin  ada main dlm siri "Viking"
taklah sehebat trilogi Lord of The Rings, tapi ia juga taklah teruk. krana akudapat menghayat jalan ceritanya
Warcraft The Beginning merupakan percubaan  adaptasi permainan video ke layar hijau dan,. Ia juga satu muvee yang meletakkan asas yang baik untuk muvee2 warcraft seterusnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.654987 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list