View: 3405|Reply: 6
|
Di Geletek Setiap Saat Untuk Terus Hidup
[Copy link]
|
|
Telah menjadi satu lumrah dalam kehidupan, ibu bapa akan menggeletek atau mencuit anak-anak sebagai satu gurauan mesra untuk menggembirakan mereka selain dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Tetapi keadaan itu tidak berlaku bagi Sanchia Norris, ibu kepada bayi comel yang diberi nama Benn ini.
Aktiviti geletek bukan lagi satu gurauan bagi mereka sekeluarga sebaliknya ia penentu mesa depan bagi bayi ini.
Bagi Norris, menggeletek anaknya merupakan perkara utama yang dilakukan setiap hari. ini kerana hanya dengan geletek sahaja anaknya itu boleh terus hidup.
Setiap saat, Norris terpaksa menggeletek anaknya bagi memastikan anaknya itu terus bernafas.
Keadaan ini bertambah sukar apabila tibanya waktu malam. Ia ibarat mimpi ngeri bagi mereka sekeluarga.
Sama seperti bayi-bayi yang lain, Benn akan tidur dalam jangka masa yang lama dalam tempoh itu. Jadi, kebarangkalian pernafasan Bann akan berhenti adalah tinggi.
Bagi mengatasi masalah tersebut, Norris telah memasang alat penggera yang dipasang pada badan anaknya.
Setiap kali pernafasan Benn terhenti, penggera tersebut akan aktif seterusnya mengeluarkan bunyi amaran.
Setiap kali penggerak berbunyi, Norris bergegas ke bilik tidur untuk menggeletek anaknya supaya terus bernafas.
Walaupun bunyinya macam mudah namun melalui pengalaman hidup sebegini memang menakutkan buat mereka sekeluarga.
Benn sebenarnya merupakan antara satu dalam sejuta orang bayi di dunia ini yang menghidap penyakit pelik yang dikenali sebagai APNEA.
Menurut Norris, sejak dilahirkan lagi, Benn disahkan bayi pramatang. Bagi bayi pramatang, APNEA merupakan antara masalah yang paling biasa memberI kesan kepada mereka.
Masalah APNEA akan menyebabkan pernafasan bayi-bayi ini berhenti selama 20 saat atau lebih. la berlaku disebabkan otot serta sistem saraf bayi tidak berkembang sepenuhnya ketika lahir.
Keadaan ini akan kerap berlaku terutamanya ketika waktu tidur.
Menurut Norris, setiap malam pernafasan Benn akan terhenti sebanyak 20 hingga 30 kali. Ketika malam, rangsangan untuk ketawa adalah sangat sukar.
Jadi, dia akan melakukan apa sahaja seperti rnenggeletek tapak kaki, bawah dagu atau perut Benn agar dia benafas semula.
Ketika Benn dilahirkan, dia hanya berusia 24 minggu ataupun enam bulan. Waktu itu, beratnya hanya sekitar 1.75 paun, bersamaan dengan 793 gram.
Walau bagaimanapun, selepas 10 minggu berada di hospital, Benn disahkan sihat dan dibenarkan pulang dengan syarat Norris dan suami perlu mematuhi jadual bagi rawatan susulan di hospital.
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com |
|
|
|
|
|
|
|
Wah kena geletek sampai tua kah. Kalau parents dah xder,sipa plk nk geletek. Kna carik tukang geleteklah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nya...agak nya ni lah apa yg xpdc katakan..ketawa dlm tangisan |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya.cabaran sebgai ibu bpa |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa nya dah ok
Walau bagaimanapun, selepas 10 minggu berada di hospital, Benn disahkan sihat dan dibenarkan pulang dengan syarat Norris dan suami perlu mematuhi jadual bagi rawatan susulan di hospital.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bayi pramatang rupanya syukur dah makin ok |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon hidap apnea....sbb saluran pernafasan kecik....pon mmg berhenti bernafas bile tido....huhuhu...
bile overweight, menambah terukkan lagi masalah apnea tu..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|