CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3545|Reply: 13

Wajib Singgah Ke Kafe Ini Jika Anda Ke Jonker Street Melaka!

[Copy link]
Post time 18-11-2015 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za

Berkunjung ke negeri bersejarah, Melaka tidak sah jika tak menjejakkan kaki di Jonker Street, bukan?


Di sini terdapat satu kafe yang pastinya menarik minat anda untuk mencuba makanan dan suasana istimewanya.


Berkonsepkan vintaj dan rustik, kafe yang dinamakan sebagai Limau Limau Cafe ini turut memaparkan perabot yang 'rare' dan jarang-jarang ditemui. Penggunaan perabot daripada material kayu mampu memercikkan perasaan yang damai dan menenangkan.


Menu yang ditawarkan sangat bervariasi, meliputi sarapan dan makanan yang lebih berat untuk tengahari dan petang.


Jika anda gemar menikmati kopi, di sini juga adalah lokasi yang tepat, selain pelbagai jus segar seperti mangga, markisa dan sebagainya.


Jangan lupa untuk singgah di sini ya, jika anda ke Melaka! - CARI Infonet




































Limau Limau Cafe
No 9, Jalan Hang Lekiu
75200 Melaka, Malaysia
+6012-698 4917


Waktu perniagaan
0900 – 1800
Tutup pada hari Rabu




**Baca selanjutnya/ Sumber foto: AntzWorld
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2015 05:37 PM | Show all posts
mahal nya dgn menu yg kite sendiri boleh buat... maaf
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 05:42 PM | Show all posts
mohon pencerahan
kat menu dia ada tulis "ham"
ham tu bukan pork ke?
atau ham ada maksud lain...
maafkan saya
saya tak pandai
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 06:20 PM | Show all posts
Unik jugak decornya
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 06:22 PM | Show all posts
sabar_sabariah replied at 18-11-2015 05:42 PM
mohon pencerahan
kat menu dia ada tulis "ham"
ham tu bukan pork ke?

Tak semestinya berasaskan babi kadangkala ia berasaskan turkey, ayam atau daging kena tanya penjual utk pastikan yang mana satu.

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ham mmg pork kecuali disebut chicken ham, turkey ham.. Yg tu mmg chicken @ turkey. Mahal @tak, Jonker Street ialah salah satu destinasi pelancong ke Melaka.... So, faham2 saja la... Tp Jgn risau.. Banyak lg tempat yg tawar makanan yg sedap dgn harga yg berpatutan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2015 06:26 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 18-11-2015 06:22 PM
Tak semestinya berasaskan babi kadangkala ia berasaskan turkey, ayam atau daging kena tanya penjua ...

i see..
ok thanks
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 06:26 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 18-11-2015 06:24 PM
Ham mmg pork kecuali disebut chicken ham, turkey ham.. Yg tu mmg chicken @ turkey. Mahal @tak, Jonke ...

yup! kat melaka bnyk tempat best kan!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2015 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul! Akak ni kalau balik kg, asyik jjcm aje..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 12:57 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 18-11-2015 06:32 PM
Betul! Akak ni kalau balik kg, asyik jjcm aje..

klu mcm tu blh la akk list kan kak.. kedai2 yg akk dh pegi.. dn kat mana. hest slalu g melaka tp tak tahu nk  mkn kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Pepagi blh gi lempeng kelapa cicah sambal kat Jambatan Duyung, lepas kedai Nisan.
Nasi ayam hailam , wantan sup @ mee wantan kering kat Petronas Air Molek, Melaka.
Roti canai dgn asam pedas, lontong kat Kg Belimbing Dalam, Durian Tunggal.
Roti canai sedap kat Bukit Baru setentang dgn flat Sri siantansiantan.
Roti canai kari kambing, capati, Pelbagai Jenis nasi set Dan nasi berlauk serta kuih yg sedap kat tepi Highway AMJ, sblm Jakel.
Ada byk lg kedai sarapan yg sedap tp nak kasi tau arah tu dah x pandai.. Nama kedai pun x tau.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry ler xde la sesaja nk ke sana takat gitu je makanan nya...lembah kelang lg heaven
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kikiki... Tu utk kami yg mmg Kg di Melaka. Bila balik overnight,boleh la pi makan2 kat tempat2 yg biasa gini. Tekak ni mmg tekak kampung bila balik Melaka... Kat fb skrg tgh diviralkan tempat2 mkn yg menarik kat Melaka. Cuba tengok2 dlm fb
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 10:30 AM | Show all posts
Kak-Leen: Kikiki... Tu utk kami yg mmg Kg di Melaka. Bila balik overnight,boleh la pi makan2 kat tempat2 yg biasa gini. Tekak ni mmg tekak kampung bila balik Me ...


melaka mmg banyak syiok kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.203506 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list