CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4155|Reply: 1

Tak Nak Ais Krim Cepat Cair, Ikuti Langkah Ini!

[Copy link]
Post time 18-11-2015 04:50 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Nikmati ais krim yang baru sahaja keluar daripada peti sejuk dan dimakan ketika cuaca panas, pasti memberi kepuasan yang tidak terucap.



Tetapi, di saat melayani kenikmatan ais krim, ais krim telahpun cair dan meleleh sehingga mengotorkan jari jemari. Kadang-kadang terkena baju sekali.

Mulalah naik angin dibuatnya. Hilang selera pun ada. Kemudian, mulalah habis seluruh jari jemari dijilatnya. Sebenarnya, ais krim yang baru sahaja keluar daripada peti sejuk atau baru sahaja dibeli harus dimakan dengan segera. Tak boleh simpan-simpan untuk dibawa pulang. Jika ais krim dalam bekas tertutup, pastilah boleh.

Ada tak cara supaya ais krim kekal beku dan sejuk? Ha, pastilah ada. Ais krim tidak akan mencair jika anda menggunakan ;


1) Aluminium foil


Aluminium foil ini adalah kertas berkilat (yang biasa kita tengok atau untuk gunakan semasa bakar dalam oven) dan mudah didapati di pasaraya. Caranya, jika menggunakan ais krim berbentuk kon, disarankan untuk balut atau lapik terdahulu dengan lapisan kertas aluminium ini dan letakkan ais krim.

Jika menggunakan ais krim di dalam bekas, ais krim perlu dilapik seperti cara tadi kemudian tutup kembali dengan kertas aluminium.










2) Gunakan dry ice


Ais kering (dry ice) merupakan sejenis ejen penyejuk yang banyak digunakan dalam industri makanan. Ia adalah sejenis bahan penyejuk secara amnya digunakan untuk mengekalkan kesegaran ikan atau mayat manusia. Di Malaysia, bahan ini tidak popular kegunaannya kerana kurang promosi oleh pihak pembekal.

Jika anda gunakan dry ice ini pastikan dilapik kertas aluminium pada bekas, masukkan ais krim dan barulah letakkan dry ice ini. Kemudian tutup semula dengan kertas aluminium. Cara ini biasanya sesuai untuk ais krim di dalam bekas.






Selamat mencuba! - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 05:27 PM | Show all posts
MANA NAK CARI DRY ICE TU?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.061183 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list