Oleh Fyruz Hanna
Tuhau, atau salah satu tumbuhan yang masuk dalam kategori halia ini merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai di Kepulauan Borneo.
Nama saintifiknya adalah E. Coccinea, Tuhau ini akan dikeluarkan dan dipotong kecil-kecil sebelum dicampur dengan bahan lain. Istimewa makanan ini, boleh simpan lama dan sangat sedap dimakan bersama dengan nasi yang masih lagi panas. Jom cuba:
Bahan-Bahan
1. 6 batang tuhau/kesing dibuang kulit luar
2. 10 biji ladi padi/lada burung (boleh kurangkan atau lebih ikut kesesuaian)
3. cuka secukupnya (boleh juga ditukar dengan limau nipis atau limau kasturi)
4. Garam secukup rasa.
Cara Penyediaan:
1.Tuhau hendaklah dibuang kulit kerasnya dan ditumbuk menggunakan lesung batu atau pengisar.
2. Setelah selesai maka gaulkan bersama cili padi, cuka dan garam secukupnya.
3.Sambal ini tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.
4.Cara memakannya boleh makan sebegitu atau tambahlah udang tumbuk yg telah digoreng, dan belacan jika suka.
5.Makan bersama nasi putih panas dengan ikan bakar, ikan goreng atau ikan masin Boleh juga dimakan bersama ikan bilis goreng.
6. Ia kan menjadi jeruk jika diperam selama seminggu. -CARI Infonet. |