CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1998|Reply: 0

Jom Pi 'Starbucks' Tepi Pantai Yang Mempersonakan!

[Copy link]
Post time 17-11-2015 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




Hari ini ingin berkongsi sebuah Starbucks yang memang sudah biasa tapi ianya penuh dengan kejutan. Starbucks tersebut baru sahaja dibuka dan mempunyai identiti yang tersendiri.




Sedia kita maklum, banyak Starbucks yang boleh kita jumpai di pusat membeli belah di seluruh negara, akan tetapi jarang kita terjumpa Starbucks yang berada di tepi pantai, betul tak?







Bertempat di Batu Feringghi,  Starbucks tersebut difahamkan dibuka pada hujung bulan Mei tahun ini, kedudukannya di antara Hotel and Resort Holiday Inn dan Restoran Golden Thai. Satu lagi 'landmark' terkenal yang berhampiran dengannya adalah termasuk Restoran The Ship.












Walaupun Starbucks biasanya menyediakan ruang dabn suasana cafe yang selesa untuk pelanggannya, tetapi Starbucks Batu Feringghi ini, reka bentuk dan layanannya memperlihatkan kesungguhan pemiliknya.










Sambil minum kopi, sambil meyaksikan orang ramai bermain payung terjun, aktiviti laut yang menyeronokan atau suasana ceria budak bermain di tepi pantai, sememangnya mampu menghilangkan tekanan dan seterusnya tenangkan jiwa seseorang yang mungkin sedang beremosi dan berada dalam keadaan tegang.












Starbucks Batu Feringghi ini memang betul-betul membuat saya amat teruja terutama persekitarannya.









Starbucks Batu Ferringi
69, Jalan Batu Ferringhi,
11100, Pulau Pinang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.102151 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list