|
Oleh Adib Za
Lambakan kerja, dimarahi bos, klien buat hal dan macam-macam lagi boleh menyebabkan seseorang itu stress.
Pelbagai cara yang dicadangkan seperti meditasi, mendengar deruan alam, dan mendapat tidur yang cukup.
Namun, kajian terbaru mendapati, ada satu cara yang sangat mudah boleh meredakan stress. Mencuci pinggan adalah jawapannya!
Ya, memang pelik, namun kajian yang dilakukan oleh Florida State University itu menunjukkan perlakuan mencuci pinggan dapat mengurangkan stress dan juga meningkatkan sistem imunisasi!
(Sumber foto: Carian google)
Ini kerana ketika mencuci pinggan, aroma sabun yang segar, buih-buih sabun dan sentuhan terhadap air menjadikan seseorang itu berasa asyik dan menjadi terapi yang tersendiri!
Kajian itu mendapati, seseorang itu merasai lebih relaks dan kurang stress sebanyak 27 peratus apabila mencuci pinggan! Menarik, bukan? - CARI Infonet |
|