View: 2809|Reply: 7
|
Nenek Siat Duit RM4.7 Juta Sehingga Menjadi Cebisan?
[Copy link]
|
|
sumber foto : http://figuramalaya.com/
Berikutan enggan hartanya diwarisi oleh cucu, seorang wanita berusia 85 tahun di Austria sanggup menyiat dan memotong wang sebanyak AS$ 1.1 Juta yang bersamaan RM4.7 juta miliknya menjadi perca dan cebisan.
Bukan sahaja itu, nenek yang cukup hilang akal ni dikatakan turut menyiat buku akaun simpanannya sebelum meninggal dunia di pusat penjagaan orang tua.
Bagaimanapun, anggota keluarganya bernasib baik kerana bank pusat Austria berikrar untuk menggantikan AS$ 1.1 Juta yang dimusnahkannya.
Kesemua cebisan wang kertas yang dirosakkan telah ditemui selepas dia mati, kata pendakwa raya Erich Habitzl yang mengesahkan penemuan itu, tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa bagi pihak keluarga wanita itu.
“Wang yang dimusnahkan itu milik wanita berkenaan. Ia bukan perbuatan jenayah. Kerana itu kami tidak boleh memulakan siasatan.”
Bercakap kepada akhbar tempatan Kurier Daily, Friedrich Hammerschmidt berkata, jika waris wanita itu boleh menunjukkan wang kertas yang sudah disiat-siatkan itu dan sekiranya sumber wang itu terjamin, sudah pasti mereka akan menggantikannya.
Sumber info : www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
sellayaknya la.. kau pi hantar kat rumah orang tua..
so orang tua tu mmg tak kasik la harta dia..duit nak.. jaga tak nak |
|
|
|
|
|
|
|
kan...bank pun tak yah la ganti..
|
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali kalau betul2 tak nak bagi bakor je siat2 ni theols masih boleh claim lagi |
|
|
|
|
|
|
|
nape dia x nak kasi cucu nya..
sbb x nak jaga dia kut..duit nakkk...
biasa le tu...
duit harta berebut org nak..
da tua nyusahkan ramai yg x nak.. |
|
|
|
|
|
|
|
lebih baik dia sedekahkan kat pusat jagaan tu dari siat2 mcm tu jer...
nenek dgn descendant dia semua sama perangai...jenis mata duitan.. |
|
|
|
|
|
|
|
aduh nenek kot ye pun xnk bg cucu tu takde hal la
sbb tu duit ko tp jgnlah buang gitu je. byk lagi org yg sgt susah memerlukan uwang itu, alang2 sedekahkn lah pd umah kebajikan ke apa. |
|
|
|
|
|
|
|
kes campak nenek sbb tak nak jaga..harta nak..nape lah bank ganti balik |
|
|
|
|
|
|
| |
|