CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9591|Reply: 62

[Dunia] 'Saya dirogol 43,200 kali'

[Copy link]
Post time 12-11-2015 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 12-11-2015 10:15 AM

'Saya dirogol 43,200 kali'

http://www.sinarharian.com.my/global/saya-dirogol-43-200-kali-1.450880
12 November 2015


Karla Jacinto

MEXICO CITY - MEXICO. Seorang wanita mendakwa dirogol oleh 30 lelaki sehari selepas diperdaya oleh sindiket pemerdagangan manusia.

Karla Jacinto, 23 berkata, 43,200 kali adalah anggaran kasar beliau dirogol dalam tempoh empat tahun.

Laporan CNN mengatakan zaman gelap Karla bermula ketika beliau berusia 12 tahun.

Menurut Karla, beliau berkenalan dengan seorang lelaki berumur 22 tahun dan mula berkongsi nombor telefon.

Mereka kemudian 'bercinta' dan pada satu hari, Karla mengikut lelaki tersebut untuk hidup bersama.

"Saya tinggal bersamanya selama tiga bulan. Beliau melayan saya dengan baik. Semuanya sangat indah," kata Karla.

Tidak lama kemudian, Karla diperkenalkan kepada 'bapa ayam' sebelum teman lelakinya menghilangkan diri.

Karla kemudian dipaksa bekerja sebagai pelacur di Guadalajara, salah sebuah bandar tersbesar di Mexico.

Ketika berusia 15 tahun, Karla melahirkan seorang bayi perempuan.

Bayi tersebut diambil oleh bapa ayam sebagai cagaran jika Karla melarikan diri.

Karla akhirnya diselamatkan semasa operasi anti-pemerdagangan manusia pada 2008 ketika berusia 16 tahun.

Beliau kini menjadi aktivis yang lantang bersuara menentang aktiviti pemerdagangan manusia.

Karla berkata, sifat masyarakat yang 'tidak berbuat apa-apa' akan menyebabkan ramai lagi kanak-kanak diculik dan dirogol beribu-ribu kali.

"Kanak-kanak yang masih kecil diculik, diumpan dan dirampas dari keluarga mereka.

"Jangan dengar cakap saya sahaja. Anda perlu tahu apa yang terjadi pada saya dan mula membuka mata," tegas Karla.

Karla sudah mengkongsikan kisah hidupnya kepada Pope Francis di Vatican, Julai lepas dan kepada Kongress Amerika Syarikat pada Mai tahun ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2015 06:15 PM | Show all posts
wow... speechless
semoga beliau cekal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2015 06:17 PM | Show all posts
tri-max replied at 12-11-2015 10:15 AM
wow... speechless
semoga beliau cekal

Kesian sesangat kat beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya....smg jantan yg merogok dia kena aids terus.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
12 dgn 22...erghhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
so anak dia apa cerita?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2015 06:43 PM | Show all posts
Ni yang dapat coverage CNN semalam.  Kat area  tu dari datuk, bapak hingga kena anak semuanya jadi bapak ayam.  Cam perkerjaan tradisi keluarga pulak.  Polis pun tak berani dengan dia orang ni wartawan CNN pun nyaris nak kena pelankong.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya dia
Gamaknya tiap kali dirodok dia rasa mcm bersin sj dah byk kali sgt...mcm hati mati gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2015 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigih beliau kira sampai berpuluh ribu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 06:49 PM | Show all posts
jahat betul...rogol kanak kanak

aku penah tengok cite yang sindiket culik kanak kanak pompuan cambodia untuk dijual kat sempadan thai...dijadikan pelacur kanak kanak

pompuan yang penah jadi mangsa n terselamat tu cuba untuk selamatkan semua kanak kanak kat sempadan...pompuan ni memang bagus la..dia selamatkan pelacur semua n bg tempat tinggal, kemahiran dsb
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 06:50 PM | Show all posts
yang kote kecik tak masuk dalam list kut.. lupa kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 06:54 PM | Show all posts
sakit tu.
mesti terseksa. mental dan fizikal.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 07:28 PM | Show all posts
kesian... mangsa kejahatan manusia...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Cekal jugak dia. Tahniah mampu meneruskn hidup dgn semangat yg kuat. So anaknya yg so call cagaran td mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 07:43 PM | Show all posts
perghhhhhhhhhhh.....
lunyaiiiiii ... lunyaiiiiiiiiiiii...
so asam keping tu dah lebammmmm

ciannya
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
30x sehari..... sian nye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2015 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi nafsu seks tak dapat dikawal oleh lelaki, sindiket pelacuran akan wujud.
Please educate your dicks, boys!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 08:08 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 12-11-2015 07:45 PM
Selagi nafsu seks tak dapat dikawal oleh lelaki, sindiket pelacuran akan wujud.
Please educate you ...

test tengok nafsu lu ban wa...boleh control tak..??
gerenti otak karat penuh bak kut teh lu tewas dgn nafsu lu..


-50..




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.mexico ni kegiatan jenayah dadah pun dasat gk kan
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Purata 30 x sehari.....


Kesiannya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.052159 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list