CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6292|Reply: 57

[Tempatan] Malaysia negara tertinggi guna telefon pintar rosak - Otterbox

[Copy link]
Post time 11-11-2015 08:56 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Walaupun Malaysia mempunyai pengguna peranti telefon pintar tertinggi di dunia, ia juga tersenarai dalam negara tertinggi yang mempunyai peranti yang rosak.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh pengeluar aksesori telefon bimbit pintar OtterBox, satu per tiga pengguna peranti kemungkinan telah tidak sengaja merosakkan peranti telefon pintar mereka dalam tempoh tiga bulan pertama selepas pembelian.

Kajian itu turut mendapati bahawa 75 peratus rakyat Malaysia telah merosakkan peranti mereka sebanyak 2.8 kali dalam tempoh lima tahun.

Ia termasuk kerosakan kecil seperi calar di skrin sehingga kerosakan yang lebih teruk seperti kemasukan air.

Hanya 21 peratus akui telefon pintar mereka mengalami "kerosakan yang amat teruk".

Tentang penjagaan peranti mereka, dua faktor yang menjadi keutamaan: jika ia masih boleh berfungsi dan kos.

Sebanyak 68 peratus yang mengambil bahagian dalam kajian ini tidak peduli dengan skrin yang calar asalkan ia tidak menjejaskan operasi peranti mereka.

Kos yang tinggi untuk memperbaiki peranti membuatkan pengguna untuk tidak memperbaiki peranti mereka.

Hampir 24 peratus berpendapat kos RM500 secara amnya bagi memperbaiki peranti adalah terlalu tinggi.

Kajian dilakukan pada Ogos 2015 dengan penyertaan 500 rakyat Malaysia yang mempunyai peranti dan berusia lebih daripada 18 tahun. -awani




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2015 08:57 PM | Show all posts
Selagi boleh guna sis, lenjankan je.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 09:39 PM | Show all posts
Hahaha. Ramai kawan aku jenis ni.  Telefon sampai berkulat. Jenis pegang gajet sambil makan.   Geli tgk.   
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 09:39 PM | Show all posts
Hahaha. Ramai kawan aku jenis ni.  Telefon sampai berkulat. Jenis pegang gajet sambil makan.   Geli tgk.   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2015 09:46 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 11-11-2015 09:39 PM
Hahaha. Ramai kawan aku jenis ni.  Telefon sampai berkulat. Jenis pegang gajet sambil makan.   Geli  ...

Mak ai, boleh tahan pengotor.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 09:48 PM | Show all posts
x rosak pun hp i...
i jaga elok2.. sayang barang2 i...

org yg wat rosak tu kaya sgt kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2015 09:56 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 11-11-2015 09:46 PM
Mak ai, boleh tahan pengotor.

Entahnya. Geli tgk. apa bakteria yg ada tak tahu lah. Pengotor gila.   
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 09:59 PM | Show all posts
Edited by torsotiger at 11-11-2015 02:03 PM

english version from actual arcticle

MALAYSIA ; MARKET FOR 2ND-RATE MEDIOCRE SMARTPHONES.
Although Malaysia is one of the highest world’s smartphone devise users, it also one of the highest damaged and easily-broken devices. A survey conducted by one of smartphone accessory company reveals one third of smartphone users have their phones broken unintentionally within 3 months of purchased. The survey also said about 75% have their damaged devices for 2.8 times within a 5 year period. This damages include light damage of screen scratches to penetration of water into devices by careless maneuver. Only about 21% admits that their phone experience a serious damages.
The product of sub-standard and mediocre are the marketing strategies? it looks fine and dandy at the booth and kiosks and once its used, you will experience a failed button such as Iphone, the most common problem of Iphone products...full article HERE

i phome aku pon dah scratch 3 kali....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2015 10:26 PM | Show all posts
biasa la hp scratch.... janji elok leh wasap, leh call cukup.

beli hp2 mahal sekali hilang menyesal x sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 10:38 PM | Show all posts
rakyat xmampu nak tukar tukar hp... kuasa beli dah menurun kecuali kaum biar papa asal up to trend
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke kajian mcm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
setakat scratch pn kena baiki ke?rakyat malaysia kan diajar berjimat
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 07:33 AM | Show all posts
itu pun ngak dikajinya juga....kemah
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 08:05 AM | Show all posts
baru aku tahu wujud nya perkataan peranti
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 11-11-2015 09:39 PM
Hahaha. Ramai kawan aku jenis ni.  Telefon sampai berkulat. Jenis pegang gajet sambil makan.   Geli  ...

Org lain pn pegang gajet smbil mkn gak....tp slalu2 lah lap dgn wet wipes antibacteria
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 08:15 AM | Show all posts
takat calar biasa la dol selagi idup bleh call mesej bagai ok la tu takan calar sikit nak tukar nak upgrade
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2015 08:20 AM | Show all posts
jaga punya jaga skali letak dlm waterproof bag hujan masuk dah macam tasik tah tepon..terus kong.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 09:18 AM | Show all posts
Edited by zorrro_03 at 12-11-2015 09:27 AM
aechae replied at 12-11-2015 08:10 AM
Org lain pn pegang gajet smbil mkn gak....tp slalu2 lah lap dgn wet wipes antibacteria

Tak payah lah pegang benda lain selain sudu pinggan mangkuk Masa makan makan.  Kang tercekik mamp awal pula....  
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 09:19 AM | Show all posts
ak pakai tepom murah sajork.

bila sanak sedara yg kecik2 skola rendah tgk diorg gelak.. ye la mak pak diorg bg kat diorg tepon lagi up dari ak kot? org bkerja mcm ak ley pakai yg cikai ni je?

but me x kisah, asal boleh whatsapp, pesbuk, wechat, enough la selain yg basic2 mcm utk call,  duit dhabiskan utk gajet adalah x wajar.kalau duit x habis duit berkepuk2 haruslah up to date gtuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2015 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
kyleril replied at 12-11-2015 08:20 AM
jaga punya jaga skali letak dlm waterproof bag hujan masuk dah macam tasik tah tepon..terus kong.... ...

Waterproof bag made in china ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.100464 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list