View: 2914|Reply: 1
|
Percutian Singkat Pasti Berbaloi Di Hotel de ART
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Bercadang bercuti di sekitar ibu negara? Apa kata anda menginap di hotel tema ini, kerana dekorasinya pasti menambat hati anda.
Hotel de ART yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam ini, memiliki 58 buah bilik yang berbeza dekorasinya setiap satu! Tema yang disajikan termasuklah fantasi, filem, Paris, New York, Hello Kitty, Elvis Presly dan banyak lagi.
Yang menariknya, selain dihias indah dan unik, lokasinya begitu strategik. Shah Alam sendiri memiliki terlalu banyak tarikan seperti i-City, Masjid Negeri, Bukit Cerakah dan sebagainya.
Anda bakal menginap di sebuah bilik yang tampak begitu mewah, namun dengan harga yang sangat berpatutan! Dari segi fasilitinya, hotel ini sentiasa menitikberatkan keselesaan para penginap. Ini termasuklah:
1. Situasi yang bersih sepanjang masa
2. WIFI percuma
3. 24 jam kaunter hadapan
4. TV skrin rata
5. Room service
6. Surau
7. Air mandian panas
8. Sarapan percuma di Hailam Coffee House
Percutian singkat di Shah Alam atau pun ibu negara pastinya berbaloi dengan penginapan di hotel de ART ini! - CARI Infonet
(Sumber foto: Facebook Hotel de ART) |
|
|
|
|
|
|
| |
|