View: 2928|Reply: 5
|
Tips Simpan Biskut Agar Tidak Cepat Lemau
[Copy link]
|
|
Oleh Fyruz Hanna
Bagi anda penggemar makan biskut ataupun pembuat biskut. Pastinya anda tertanya-tanya bagaimana mahu menyimpan biskut supaya tidak mudah lemau.
Bukan apa, biskut yang lemau akan merendahkan kualiti biskut walhal anda baru sahaja membuka daripada plastik/ atau baru sahaja membuatnya.
Jangan terus kecewa, jom baca tips ini:
1. Sentiasa pastikan biskut anda telah sejuk sepenuhnya, sebelum menyimpan didalam bekas. JIka anda menyimpan ketika masih panas/suam ia akan membuatkan biskut anda lembik dengan cepat.
2. Jangan campurkan jenis biskut ke dalam satu bekas yang sama. Ini kerana setiap biskut mempunyai adunan yang berbeza jadi ia akan melembutkan biskut yang lain.
3. Simpan biskut dalam bekas kedap udara bagi menjaga kelembapan.
4. Jika biskut anda jenis cepat lembut, simpan bersama dengan hirisan epal, dan buang epal ketika anda membuka bekas terbabit.
5. Jika biskut tetap juga lemau, bakar didalam oven selama 5 minit dengan 300 darjah.
Selamat mencuba, kini tiada lagi biskut lemau dalam simpanan anda. -CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
Hirisan epal hijau tu macam mana tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman: Hirisan epal hijau tu macam mana tu??
rasanya epal je.. xkira hijau ke merah.. sb epal dapat serap kelembapan.. tapi pastikan epal tu kering masa simpan dalam bekas bersama biskut. Terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi cara xnak lemau, bila bukak makan sampai habis |
|
|
|
|
|
|
|
saya pernah simpan roti bersama dengan biskut dalam satu bekas
hasilnya...biskut jadi lemau, roti jadi keras
|
|
|
|
|
|
|
|
NadineNajmie replied at 9-11-2015 06:52 PM
Satu lagi cara xnak lemau, bila bukak makan sampai habis
Tips yang paling win... |
|
|
|
|
|
|
| |
|