CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1852|Reply: 2

Memang Sah PAS & UMNO Merancang Akan Bergabung Bentuk Kerajaan Peepaduan!

[Copy link]
Post time 9-11-2015 03:54 PM | Show all posts |Read mode







sumber foto : http://www.malaysiakini.com



Bekas pemimpin PAS Selangor Khalid Samad berkata dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor tahun lalu adalah benar.


Memetik laporan Malaysiakini, Khalid yang masa sekarang merupakan anggota jawatankuasa AMANAH berkata rancangan untuk membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS di Selangor, bermula pada 2008 sewaktu beliau menjadi timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu.


Tambahnya lagi,  Abdul Hadi, Timbalan Presiden ketika itu Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali merancang untuk bertemu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo bagi membincangkan kerajaan perpaduan.


Bagaimana pun, rancangan itu terhalang ekoran plan berkenaan dibocorkan dan ahli jawatankuasa PAS menentangnya dan bersemuka serta bertanya terus terang dengan presiden di ibu pejabat parti.



"Apa yang (Datuk) Husam sebut malam semalam sebenarnya bukan baru."


"Kita ramai-ramai pergi jumpa Ustaz Hadi di Jalan Raja Laut di Pejabat PAS. Maka kita bersemuka, kita tanya terus terang. Diakui nak jumpa Pak Lah. Kita tak setuju."




Akhirnya, katanya, pertemuan tersebut dengan Abdullah dan Khir dihadiri beliau sendiri, Setiausaha Agung PAS ketika itu, Datuk Mustafa Ali dan Nasharuddin dan "kita tolak" cadangan kerajaan perpaduan itu.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2015 06:59 PM | Show all posts





wa tak caya lu lah khalid.

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Dgn DAP jer boleh.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.281250 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list