CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3928|Reply: 18

[Tempatan] DRB-HICOM Autofest:Bagi Diskaun kereta sehingga RM75,000

[Copy link]
Post time 7-11-2015 05:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-11-2015 06:00 PM




Mohd. Khamil Jamil melihat rekaan dalaman kereta Lotus sewaktu melawat gerai pameran syarikat yang mengambil bahagian dalam DRB-HICOM Autofest 2015 di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 6 Nov. – Diskaun hingga RM75,000 ditawarkan bagi harga kenderaan yang dijual sepanjang penganjuran DRB-HICOM Autofest selama tiga hari sehingga Ahad ini.

Jenama pelbagai jenis kenderaan itu terdiri daripada Proton, Lotus, Spyder, Audi, Volkswagen, Honda, Jeep, Mitsubishi, Isuzu, Tata dan Modenas.

Berlangsung di Kompleks EON, Glenmarie di sini dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, pengunjung berpeluang melihat sendiri model-model terbaharu kereta, trak dan motosikal dengan pakej pembelian menarik.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, sebanyak RM45 juta nilai jualan disasarkan oleh pihaknya berbanding RM43 juta bagi karnival sama tahun lepas.

“Kami yakin sasaran ini mampu dicapai berdasarkan sambutan menggalakkan terhadap jenama di bawah Kumpulan DRB-HICOM sejak empat tahun kebelakangan ini.

“Setiap tahun, jumlah pengunjung ke bilik pameran dan gerai jualan kami meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau dan melawat gerai-gerai jualan yang terdapat di karnival tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Pengedaran Automotif dan Pengeluaran DRB HICOM Berhad, Datuk Radzaif Mohamed.

Mohd. Khamil sebelum itu melancarkan Program Elit DRB-HICOM.


- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korp....ijo82Bnh.dpuf



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2015 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
abiskan stok taun ni kn?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti caprut heran

ehhh apasal proton audi honda tu bawah satu bumbung??

bukan caprut kata proton vs honda gitu ke??
hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan stok  taun ni tapi stock taun lepas. Lepas diskaun pun 300k lagi jeep ni......kalau jual bawah 100k aku nak laa beli satu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak ada caprut beruta akan timbul persoalan satu bumbung tu....  Wakakaka.  Akal caprut belta beruta mudah dibaca.   
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 07:31 PM | Show all posts
tanda jualan semakin merosot... buying power merudum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2015 07:41 PM | Show all posts
no wonder ler lalu depan DRB Hicom tadi .... penuh kete .... jam giler babeng .... ghupernya ada jualan kete diskaun
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
rakyat syg saga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2015 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by peYno at 7-11-2015 08:16 PM
zorrro_03 replied at 7-11-2015 07:00 PM
Dah agak ada caprut beruta akan timbul persoalan satu bumbung tu....  Wakakaka.  Akal caprut belta b ...


akhirnya caprut mengaku kan

dulu dok jaja sales a honda naik proyon tertekan katanya

dari dulu lwgend dah kata mereka geng dan yg untung org drb

mungkin caprut yg kata camtu sebab masih dok ingat proton tu gomen punya

hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 7-11-2015 07:54 PM
rakyat syg saga

rakyat syang proton honda audi

salesman nissan johor caprut tertekan
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
peYno replied at 7-11-2015 06:24 PM
mesti caprut heran

ehhh apasal proton audi honda tu bawah satu bumbung??

Setakat rebadge kt honda pun nk tmpg bangga kerr? kereta sorongng pacit tukang kebun sekolah tamil ulu yam pun mampoo....hahahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 09:35 PM | Show all posts
peYno replied at 7-11-2015 08:13 PM
akhirnya caprut mengaku kan

dulu dok jaja sales a honda naik proyon tertekan katanya

Masalah caprut toyota ialah dia sangka orang lain tak tahu bahawa dia perasan lebeyyyy...  
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 10:11 PM | Show all posts
kereta apakah yang diskaun sampai 75K itu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 03:03 AM | Show all posts
beli kereta yg susut nilai setiap tahun? jom beli hartanah......!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 7-11-2015 08:17 PM
Setakat rebadge kt honda pun nk tmpg bangga kerr? kereta sorongng pacit tukang kebun sekolah tamil ...

bila caprut tak tau isu apa yg dibincangkan tapi nak sembang pasal keta... camni la jadinya

jahahah
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
ehh ada proton???? ehhh honda pon ada??? VW??? ehhh audi???

ehhh bukan ke company ni sume bersaing sesama sendiri ke??

ehhh pelik laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2015 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
macai yg kata sales honda naik proton tertekan tu pon dah senyap dahhh


baru tau kottt

masih dok ingat proton gomwn punyahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa honda audi VW sume ada dgn proton??? mereka dah jadi syarikat gomen

pakar automotive google n blog
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 10:54 AM | Show all posts
kyleril replied at 7-11-2015 10:11 PM
kereta apakah yang diskaun sampai 75K itu?

keta yg tak laku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.188465 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list