CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2783|Reply: 8

Ajaklah isterimu gaduh selalu!

[Copy link]
Post time 6-11-2015 04:00 PM | Show all posts |Read mode
KALAULAH saya suami yang tidak pernah marah,  menegur,  merungut, atau mengeluh, saya percaya dalam  beberapa bulan sahaja, isteri pasti akan berasa menyampah habis setiap kali melihat muka saya.
       
        Lebih teruk, saya mungkin dianggap suami dayus ataupun bodoh walaupun 'saya tidaklah bodoh sangat!'
       
        Rumah tangga kami sudah pasti teramat membosankan. Itulah yang saya percaya dan saya percaya, itulah juga yang dipercayai ramai orang!
       
        Walaupun ketika berkonflik, semua orang akan mempersoal malah menyesal kerana menganggap pasangannya adalah yang paling teruk di dunia, namun percayalah, dia pasti akan lebih menyesal jika mendapati pasangannya itu adalah manusia yang hanya tahu senyum dan mengangguk sepanjang masa!
       
        Saya teringat untuk menulis hal ini semalam apabila isteri minta tengok laporan akhbar mengenai satu kajian bahawa suami isteri perlu bergaduh sekurang-kurangnya sekali seminggu.
       
        Menurut laporan itu,  tinjauan   Lembaga Penyelidikan Pemasaran India (IMRB) mendapati pasangan yang bertengkar sekali dalam seminggu dianggap masih boleh berkomunikasi secara terbuka dan tidak hanya mendiamkan diri ketika marah.
       
        Ini menunjukkan pertengkaran membantu merapatkan hubungan suami isteri dan memulihkan salah faham. Justeru, ia amat penting dalam rumah tangga.
       
        Daripada pengalaman, kenyataan itu memang tidak ragu-ragu untuk saya akui.   
       
        Pertengkaran selagi masih dalam lingkaran kasih sayang dan pertanggungjawaban, bagi saya adalah suatu ekspresi kesungguhan. Syaratnya, jangan sampai ada maki hamun atau sepak terajang yang boleh membuat pasangan trauma atau berasa terhina!
       
        Kadang kala pertengkaran juga  membuat kita lebih memahami pasangan.
       
        Hayati bait lirik lagu Tan Sri P Ramlee:
       
        Sedangkan lidah lagi tergigit
        apa pula suami isteri
        buang yang keruh, ambil yang jernih
        barulah teguh peribadi ...

       
        Ya, lama dulu kita sudah disedarkan bahawa konflik suami isteri ada hikmahnya untuk lebih bahagia. Ini untuk kita insaf i bahawa kita tidak boleh hidup dalam hanya satu atau dua warna.
       
        Dalam buku Aduhai Isteri halaman 53-56, saya menulis   bahawa ketika berkonflik, suami isteri harus sentiasa sedar dan ingat mengenai  hakikat cinta dan kasih sayang sesama mereka selain menanam teguh dalam hati bahawa konflik bukan semata-mata mahu cari pasal untukbergaduh dan pasangan pula bukan musuh.
       
        Akhirnya kita akan mendapati bahawa pertengkaran dalam hubungan suami isteri sebenarnya adalah sangat indah, pergaduhan boleh bawa hikmah. Syaratnya seperti yang saya nyatakan tadi, jangan ada maki hamun atau sepak terajang apa lagi menyebut sesuatu yang tidak seharusnya - berpisah!
       
        Mengapa saya kata hal yang bagi sesetengah orang adalah sangat tidak elok itu sebagai hikmah, atau sesuatu yang indah?
       
        Bayangkan sahaja begini, setelah puas bertengkar, melepas habis apa yang terbuku di hati, kita lazimnya akan sedar, insaf bahawa orang yang kita sudah kata macam-macam itu sebenarnya adalah insan yang paling kita sayang, orang yang selama ini menjaga kita, orang yang selama ini jadi teman kita di kala susah dan senang, orang yang sudah terlalu banyak jasanya kepada kita, berkorban untuk kita dan bagi suami, insan itulah juga yang bersabung nyawa melahirkan zuriat kita!
       
        Apakah dalam keinsafan yang seperti itu masih tega lagi dalam hatimu wahai kawan untuk terus membencinya?
       
        Sudah pasti tidak melainkan jika kamu benar-benar berhati syaitan!
       
        Justeru, ketika itulah saya percaya bahawa hati kita yang sebenarnya sudah siap ditanam dengan kasih sayang yang sejati akan diselubungi sepenuhnya oleh kekesalan yang amat sangat.
       
        Ada baiknya dalam keadaan seperti itu, biarlah sama-sama menangis, mengulang sebut pengakuan bersalah, memuji-muji pasangan sebagai manifestasi penyesalan.
       
        Dan percayalah juga bahawa dalam keadaan itu, hati manusia mana sekalipun pasti akan sanggup untuk membuat penyerahan diri yang total kepada pasangannya, zahir dan batin dengan sepenuh kasih sayang.
         
        Sebagai suami isteri ataupun insan yang sudah dewasa, kita masing-masing tentunya amat memahami apa yang seharusnya berlaku selepas itu. Sebab itulah juga saya 'menegur' isteri saya apabila dia 'tagged' laporan akhbar itu dalam 'wall' Facebook saya dengan kata-kata "jom gaduh..."
       
        Ya, saya segan walaupun dia semata-mata ajak saya bergaduh dan saya sendiri pun sememangnya suka bergaduh!

Info : http://www.sinarharian.com.my/ko ... duh-selalu-1.210529

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2015 04:05 PM | Show all posts
aku ni menyampah sbb salu bergadoh... takde la gadoh teruk2 cume ade la salah fhm cikit2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 05:34 PM | Show all posts
pompuan bahasa camner rasanya layak ka di buat bini? boleh lerr ajak2 gaduh selalu


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 05:54 PM | Show all posts
ko lek je..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
BingkaUbi replied at 6-11-2015 05:34 PM
pompuan bahasa camner rasanya layak ka di buat bini? boleh lerr ajak2 gaduh selalu

Amboi bro hilang... Masuk terus jumpa pompuan yg gaduh2 manja hahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 06:06 PM | Show all posts
BingkaUbi replied at 6-11-2015 05:34 PM
pompuan bahasa camner rasanya layak ka di buat bini? boleh lerr ajak2 gaduh selalu

HIHIHI

bertuah sape dapat jadi laki dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2015 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu je gaduh. Lepas tu baik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 10:29 PM | Show all posts
untungla kahwin, bole gado2 manje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2015 07:38 PM | Show all posts
sy x suke gado2, sbb tu masih single lg, sbb kalu gado je msti mkn ati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.064834 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list