CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5357|Reply: 41

[Tempatan] 49% Pemohon Menipu Bantuan Zakat?Ye ke Abam Aji?

[Copy link]
Post time 5-11-2015 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Ada pemohon sanggup menangis dan membuat ‘muka kasihan’ untuk mendapatkan bantuan zakat, malah mereka memberi pelbagai alasan seperti tiada pekerjaan, sakit dan mempunyai tanggungan  ramai semata-mata untuk meraih simpati pegawai Baitulmal Wilayah Persekutuan.



Tetapi, apabila pemohonan diluluskan Baitulmal, mereka menyewakan lesen teksi dan  gerai kepada orang lain untuk mendapat keuntungan mudah.

Malah, ada nelayan yang mendapat bantuan enjin bot 25 kuasa kuda sanggup membeli enjin 13 kuasa kuda dan baki daripada lebihan itu mereka gunakan untuk diri sendiri.


Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali berkata, 49 peratus daripada pemohon bantuan Baitulmal ‘menipu’ semata-mata untuk mendapatkan bantuan zakat.

Beliau berkata, pemohon sanggup berlakon di hadapan pegawai Baitulmal tapi apabila PPZ-MAIWP meluluskan bantuan zakat, mereka tidak memandu teksi atau berniaga di gerai yang diberikan tapi menyewa atau menjual kepada orang lain termasuk warga asing.

“Perkara ini amat memalukan kerana mereka ‘menipu’ kami untuk kepentingan diri sendiri sedangkan wang yang mereka gunakan adalah kutipan zakat  dipungut daripada umat Islam.

“Kami tidak boleh memaafkan perbuatan seumpama ini kerana mereka memohon bantuan zakat untuk bersenang lenang dengan menyewa teksi dan gerai kepada orang lain.

“Inilah dilema yang kami hadapi dalam  kalangan segelintir umat Islam yang mengakui daif, miskin dan tidak berkemampuan tapi hakikatnya tidak begitu,” katanya pada Majlis Penghargaan Majikan 2015, di sini, semalam.

Seramai 114 majikan termasuk The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) antara yang mendapat penghargaan daripada PPZ-MAIWP kerana membuat potongan zakat lebih dari RM500,000 setahun.

Timbalan Pengerusi Badan Khairat NSTP, Roslan Ibrahim menerima penghargaan itu daripada Che Mat. Turut hadir, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengurus Baitulmal MAIWP, Ustaz Mohd Nizam Yahya.

Beliau kesal dengan dakwaan Baitulmal Wilayah Persekutuan tidak membantu fakir miskin sedangkan kutipan zakat setiap tahun berjumlah jutaan ringgit.

“Mana boleh Baitulmal tidak membantu fakir miskin, malah kami memperuntukan RM400 juta setahun untuk golongan asnaf zakat selain pelbagai bantuan lain termasuk pendidikan dan golongan geladangan,” katanya.






      Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2015 @ 10:24 AM   
«         »
                     
DARI kanan, Roslan, Che Mat  dan Zulkifli  pada Majlis Penghargaan Majikan 2015.











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90905#sthash.HSf59mMs.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2015 12:22 PM | Show all posts
dah ko duduk office je tunggu orang "susah" datang..
penipu aje lah yg datang isi form mohon zakat.
kalau ko kluar opis, pegi ceruk kampung ada je org susah yg genuine.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
baitumal kl bgk nelayan mana enjin bot? empangan klang gate?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2015 12:25 PM | Show all posts
kalau sampai 49% ada yang tak kena tu bam aji
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 12:33 PM | Show all posts
Dah tu...tak reti2 turun padang?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 12:35 PM | Show all posts
mysterio posted on 5-11-2015 12:22 PM
dah ko duduk office je tunggu orang "susah" datang..
penipu aje lah yg datang isi form mohon zakat ...

Abis tu tak kan nak jaja jelajah semua tempat tabur bg duit free

Makin bertambah ramai la penyakit pemalas melayu mesia

Keje tak nak pemalas taw nak subsidi duit zakat free je isk isk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2015 12:36 PM | Show all posts
Ni la padahnya resources x guna elok2..yg betui2 miskin ditolak pemohonan..yg senang pulak mudah dapat nya..xdak org audit ka jabatan ni ? Lps tu sapa yg kena filter sebenaqnya? Msyarakat ?

yg miskin tu aku agak ntah bila dia nk sampai ke bangunan baitulmal ...sbb memg x mampu nak p pun ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 12:38 PM | Show all posts
harap ade staff baitulmal baca dan bincangkan pendapat yg forumer bgtau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2015 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar lah orang susah pun nak merasa jadi boss. Dah memang hak dorang bagi jela. Ni saringan ketat sangat. Entah2 duit zakat tu dah melimpah ruah banyaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu aku tgk org susah ni nak ke bandar pon takde duit.. harap tok ketua pon kot satu kampung susah kopak la orag tua tu.. biasanya takde access ke internet dan tak tau prosedur nak buat permohonan mcm mana..sila santuni asnaf di tempat anda..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 01:07 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 5-11-2015 12:24 PM
baitumal kl bgk nelayan mana enjin bot? empangan klang gate?

sungai klang kan banyak ikan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 01:17 PM | Show all posts
apa yg dihadapi oleh PPZ ni betul..

mcm satu badan kebajikan bukan gomen..masa tsunami 2008 dulu bagi enjin bot utk penduduk2 yg bot nelayannya musnah dek kerana tsunami..ni sumbangan Rakyat Malaysia untuk mereka

apa depa buat?

dh dapat enjin not ..pi jual enjin bot tu

beri bot..dapat bot dijual pulak

bina rumah kedai utk bina semula hidup..dr 7 pintu..hanya 2 pintu digunakan

bina dewan org ramai...dewan x terjaga..tingkap pecah..besi hilang

my pemerhatian..
xmo keje
xmo diberi pancing...nk diberikan ikan secara percuma seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 01:23 PM | Show all posts
kenarikelabu replied at 5-11-2015 12:33 PM
Dah tu...tak reti2 turun padang?

da biasa pasang aircon suhu 16darjah
pkai jaket tebal
minum kopi kaw2
sembang2 dlm opis


Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 04:13 PM | Show all posts
Dah tau nape luluskan ...ko pon 2x5 gak sebab duk kerusi empuk tak wat kerja...sebelum luluskan sesuatu bukan ker kena selidik dulu. Stupid sgt nape.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 04:15 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 5-11-2015 08:20 AM

Takkan la tak ada mekanisma nak siasat mereka yg request bantuan zakat?

Apa guna duduk kat kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin bagai?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 04:16 PM | Show all posts
bestnya keja zakat ni...rilex aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2015 04:21 PM | Show all posts
btw...xnk ker bg makcik syukur glamer tu...kan dia menangis smbil tadah tangan x tersentuh ker tulang rusuk uol...asal org dtg menangis2 jer terus dpt bantuan termasuk setap2 maiwp. Agaknya jib mintak derma pon cara camne gak kot.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 05:01 PM | Show all posts
Najib tipu rakyat OK je ha!
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 05:19 PM | Show all posts
Lepas bagi bantuan takde monitor ke? Lelebih lg yg beli barang, enjin bot etc.. Takkan main bagi aje..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dalam sedar tak sedar menipu, mkn duit haram dah jadi darah daging masyarakat kita, terutama org kita..org lain buat bukan main marah, bila sendiri buat ala takpe sikit je, org lain buat lagi teruk kan..  masyarakat makin porak peranda bila asyik duh salahkan org lain..salah sendiri sikit pun tak nampak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.448693 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list