Seolah menjadi kebiasaan kebelakangan ini, kaum wanita 'bertekak' di laman sosial berkenaan isu menjadi suri rumah atau isteri yang berkerjaya.
Si polan yang bekerja sudah tentu mengatakan dia lebih baik, ya maklum sahaja, harus membahagikan masa dengan kerjaya dan keluarga.
Begitu juga si polan yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak kurang mahu 'membuktikan' di laman sosial bahawa mereka ibarat bekerja 24 jam tanpa henti.
Melihatkan situasi ini, seorang netizen terpanggil memberi sedikit 'ceramah' agar kedua-dua kategori wanita bergelar isteri ini, BERHENTI daripada terus menegakkan 'benang' masing-masing.
"Isteri-isteri yang bekerjaya keluar pagi balik petang,please jangan baca apa2 posting tentang kelebihan menjadi suri rumah sepenuh masa.Kalau lintas kat newsfeed ignore je atau hide terus.
"Isteri-isteri yang duduk di rumah sepenuh masa,buat benda yang sama.Jangan baca apa2 posting kelebihan menjadi isteri yang bekerjaya.Buat benda yg sama.Ignore or straight away hiding the post.
"Kan senang mcm tu.Takdelah mcm bodoh sangat korang duk bergaduh nak tunjuk siapa lagi bagus," kongsi wanita bernama Syafinaz Ali ini.
Dalam masa 3 jam sahaja, entri ini mendapat hampir 1,000 perkongsian di laman sosial!
Ternyata apa yang dikongsikan banyak benarnya. Wahai wanita, walau siapapun anda, isteri yang bekerja atau duduk sahaja di rumah sebagai suri rumah, kedua-duanya sangat hebat!
Andalah juga yang menjaga makan minum suami dan anak-anak, menjaga rumah tangga dan membantu suami dalam segala hal.
Ternyata, andalah yang terhebat! Tidak perlu menabik dada dan membuktikan siapa lebih hebat. Semua individu mempunyai cabaran dan dugaan masing-masing. - CARI Infonet
Dan buat para suami, jangan sesekali satu detik pun terlupa menghargai pengorbanan isteri anda, tidak mengira dia bekerja atau seorang suri rumah! - CARI Infonet
Gambar hiasan. (Sumber foto: Tumblr)