Baik wanita mahupun lelaki memang bukan mudah mahu menyelesaikan masalah baju yang bertimbun ini. Nak kata tiada masa rasanya semua diberikan masa yang sama 24 jam. Jangan terkejut kerana ada yang mengupah orang lain untuk semata-mata melipat kain baju yang berlonggok.
1. Jangan bertangguh
Ketahuilah acara melipat baju adalah acara yang rutin. Jadi tanamkan dalam diri lipat baju adalah satu senaman yang baik.
2. Asingkan fabrik
Asingkan pakaian daripada jenis fabrik. Dengan pengasingan ini, ia menjadikan pakaian anda lebih mudah dan teratur.
3.Lipat sambil tengok TV
Jadikan diri anda multitasking dengan melipat baju sambil anda sedang menonton televisyen.
4. Baju Yang Tidak Dilipat di atas sofa
Lambakkan baju anda di atas sofa, dengan cara ini ia akan menyakitkan mata dan secara automatis anda akan cepat habiskan acara melipat baju. -CARI Infonet.
wow kemasnya baju yang dilipat dalam gambar di atas...huhu...
kita tak lipat, semua baju kita hang je masa sidai so dah kering just ambil dan letak dalam almari...jimat masa dan baju pun tak berkedut sangat...yang small small items tu lipat la ..heee...