CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2569|Reply: 0

Mee Kungfu, Masakan Terenak Di Musim Hujan

[Copy link]
Post time 2-11-2015 05:50 PM | Show all posts |Read mode

Oleh : Dean BZ



Hari ini penulis ingin berkongsi macam mana nak masak Mee Kung Fu yang bagi sesetengah orang nampak macam susah hendak menyediakannya. Sebenarnya mudah sangat nak masak Mee Kung Fu ni ya, bahan-bahannya pun senang je nak dapatkan.

Hari-hari makan nasi, apa kata hari ni cuba makanan yang tak berapa "berat" ni. Nampak pun dah menyelerakan, belum masak lagi kan! Jom tengok bahan-bahannya dulu.

Bahan A
500 gm mee kuning
5 biji telur [ dipukul]

Bahan B
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm lobak merah [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
3 s/b minyak masak
garam secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Macam mana, senangkan.. Selamat mencuba. - CARI Infonet.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.667276 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list