CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1877|Reply: 0

Resepi Cendawan Goreng Kunyit

[Copy link]
Post time 2-11-2015 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ


Sumber foto : www.kongsiresepi.com

Masakan cendawan masih dianggap kurang popular seperti masakan lain, mungkin kerana tak ramai yang mencuba masakan ini. Cendawan yang digoreng kunyit adalah salah satu cara untuk menikmati keenakkan cendawan.

Cendawan yang segar dan jika dimasak dengan cara yang betul, pasti rasanya membuatkan anda ingin mencuba lagi.  

Sebelum kita masak, kita perlu sediakan bahan dahulu. Jom periksa bahan-bahannya

Bahan-bahan:
1 paket cendawan
2-3 ulas bawang putih- diketuk
1 labu bawang besar Holland-dihiris
2 tangkai cili merah-dihiris
sedikit minyak utk menumis
garam dan serbuk kunyit secukup rasa
sedikit serbuk ayam jika suka

Cara membuat:
Panaskan 3 sudu minyak untuk menumis
Masukkan bawang putih, bawang besar, cili merah, goreng hingga layu dan naik bau
Masukkan pula sebuk kunyit dan cendawan
Kacau sehingga cendawan menjadi layu
Masukkan garam secukup rasa dan serbuk ayam jika suka.
Hidangkan panas2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.383330 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list