View: 10300|Reply: 98
|
[Tempatan]
Bawa anjing masuk restoran Islam
[Copy link]
|
|
Bawa anjing masuk restoran Islam
Wartawan Sinar Harian
2 November 2015
![](http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.446989.1446439344%21/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg)
Anjing (dalam bulatan) dibawa pengunjung bukan Islam yang diletakkan di kerusi meja makan sebuah restoran didakwa menyentuh sensitiviti pelanggan lain.
SEPANG – Orang ramai di sekitar kawasan Dengkil kecewa dengan sikap segelintir pengusaha kedai makanan yang tidak sensitif membiarkan pengunjung membawa anjing peliharaan serta meletakkannya di kerusi turut digunakan pelanggan lain.
Bukan sekali mahupun dua, pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, situasi di restoran yang sama pernah diviralkan di laman sosial sebelum ini.
Namun katanya, pekerja kedai makanan terus membiarkan anjing peliharaan dibawa pelanggan bukan Islam dan diletakkan di kerusi meja makan restoran.
Dia berkata, mungkin tidak kisah atau peduli sekiranya restoran menyajikan makanan bukan halal, malangnya restoran tersebut dikunjungi orang Islam yang majoritinya percaya premis menawarkan tempat makan yang suci dan bersih.
“Papan iklan restoran siap bertulis tulisan jawi lagi tapi saya kecewa anjing sewenang-wenangnya dibawa ke premis dan diletakkan di kerusi.
“Meski kerusi dan meja makan itu diletakkan di luar restoran namun kebersihan boleh menimbulkan keraguan kerana berkemungkinan ada titisan embun dan rintik hujan di kerusi yang kemudian diduduki haiwan berkenaan ,”katanya.
Ahmad berkata, dia pernah bertanya kepada pekerja restoran mengapa membiarkan perkara itu berlaku.
Alasan diberi tidak dapat diterima apabila pekerja memberitahu mereka tidak nampak pelanggan membawa anjing tersebut dan memberitahu pelanggan mungkin tidak tahu larangan membawa anjing peliharaan.
“Kalau dah ada larangan, mengapa biarkan pelanggan bawa anjing, haiwan itu turut memanjat di atas meja makan dan menjelir-jelirkan lidah. Saya tengok pelanggan bukan Islam di meja sebelah pun macam takut anjing terlepas dan menuju ke arah anaknya yang masih kecil ,”katanya.
Menurutnya, dia juga kecewa dengan sikap pelanggan bukan Islam yang tidak sensitif dengan perbuatan tersebut.
Justeru, katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memberi peringatan kepada pengusaha restoran terutama dikunjungi pelbagai lapisan kaum dan agama supaya kejadian tidak berulang.
Pengusaha restoran juga di saran meletakkan papan tanda larangan membawa binatang peliharaan di premis makanan dan mengusir pengunjung yang enggan mematuhi arahan tersebut.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang), Puasa Md Taib berkata, sebelum ini pihaknya ada menerima laporan pengunjung membawa anjing ke dalam sebuah premis makanan.
Beliau berkata, majlis sudah mengambil tindakan sewajarnya mengeluarkan notis penutupan premis kepada pengusaha sebaik aduan diterima.
Pengusaha yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan akan berdepan tindakan penutupan premis atau pembatalan lesen sekiranya membiarkan kesalahan berulang.
“Dalam peraturan memang tak boleh bawa haiwan peliharaan masuk ke dalam premis makanan termasuklah kucing,”katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
what the... apesal menjadi2 plak isu anjing nie.. come on la.. common sense kot.. kan ada isu kebersihan kot bila bawak apa2 binatang pun kt tempat2 makan.. lainla org2 yg bawak anjing nie baru dtg Msia 2,3 hari lepas (or baru dapat ic).. tak tahu sensitiviti ummah sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
anjing tu sebenarnya adalah manusia..bila malam jadi anjing..siang jadi manusia |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu kat cleanpro usj pun ada ummah bawak anjing..
letak atas kerusi tempat orang melepak tunggu baju..
padahal kadang2 ada customer yang letak baju atas kerusi meja utk lipat..
klu kena lepas tu customer muslim guna kerusi meja tu, kasihan je la..
payah kalu jenis berangkut anjing ke mana-mana ni..
klu lahir besar sekolah kat malaysia, takkan la tak faham lagi sensitiviti macam mana..
muka pun jenis muka suka cari gaduh punya orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
dorang ni sajeje kan. Patut kena buat ujian IQ, EQ dan rukun negara dulu kat orang yang nak bela anjing ni, bodoh sangat tengoknya |
|
|
|
|
|
|
|
dia bapak anjing![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ya laaaa kan...baru ingat ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
duduk negara kafir umpatan ahli syurga CI pun
tidak jumpa situasi camni...
|
|
|
|
|
|
|
|
bkn isu sensitiviti je dikk....
isu kebersihan pun iya.....kucing pun tak blh bawak masuk restoran
|
|
|
|
|
|
|
|
dia orang ni saja aje aku rasa... nak provoke... |
|
|
|
|
|
|
|
Anjing dan binatang peliharaan lain tidak sesuai di bawa ke tempat makan. Bukan setakat anjing, aku pun tak suka kucing berkeliaran di tempat makan. Sangat disgusting bila nampak kucing melompat naik atas meja makan dan memakan sisa makanan dalam pinggan. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sgt tuan punya restoran ni pentingkan duit je....
klu dah mcm tu, kebersihan makanan pulak mcmana?... |
|
|
|
|
|
|
|
mereka sengaja menguji kesabaran orang islam tu... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi org tak suka lagiii dibuat pangai! dasar tak paham bahasa. |
|
|
|
|
|
|
|
gws la tuan binatang dan pengusaha kedai makan tu... kecacatan otak di mana2 kot![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga umnah bertolak ansur degn najis bergerak.mereka ciptaan elohim jua sis.![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
yg tukang amik gmba ni bahlul.
pi lar tegur , tarak reti ka?.. |
|
|
|
|
|
|
|
bawak hanjing, bila orang marah-marah, rekod orang marah tu. Edit buang part kenapa dia marah, share kat facebook sumbat caption : "Mereka racist tak suka saya makan kedai sini. Apa salahan saya?" |
|
|
|
|
|
|
|
kekadang deme nie sengaja mencari masalah..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|