|
Oleh Adib Za
Mengapa rambut juga memerlukan 'mask' seperti kulit wajah?
Ini kerana 'hair mask' mampu merawat jauh ke dalam rambut anda untuk segala jenis masalah seperti rambut kering, bercabang, tak bermaya dan rosak.
Kebanyakan mask mengandungi bahan yang mampu melembapkan rambut, merawat hujung rambut yang rosak akibat rambut diwarnakan atau diluruskan.
Struktur rambut juga dapat dipulihkan melalui bahan-bahan yang digunakan. Pendeknya, penggunaan mask membolehkan rambut mendapat nutrien yang sepatutnya.
Lakukan rawatan 'hair mask' sekurang-kurangnya sebulan sekali atau seminggu sekali untuk rambut yang lebih sihat, bersinar dan lembut.
Bagi anda yang inginkan cara lebih semula jadi, penggunaan minyak-minyak tumbuhan sangat membantu. Ini termasuklah:
1. Minyak kelapa dara
2. Minyak avokado
3. Minyak argan
4. Madu
Campurkan semua bahan ini, sebelum sapukan pada rambut anda. Biarkan selama 15 minit hingga 30 minit. Lihat hasilnya seperti dalam video di atas. Anda pasti berasa takjub. - CARI Infonet
(Sumber foto: Theprettyfactor)
|
|