|
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat berjaya kepada pelajar-pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula esok.
"Selamat berjaya kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM mulai esok," katanya dalam entri terbaharu Twitter beliau hari ini.
Sejumlah 440,682 orang telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2015 yang dijadual diadakan pada 2 Nov hingga 8 Dis ini.
Daripada jumlah itu, 379,466 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan di sini hari ini.
Sebanyak 29,799 calon atau 6.8 peratus merupakan calon persendirian.
http://www.astroawani.com/berita ... ada-calon-spm-79087
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|