View: 2989|Reply: 5
|
Travelling Beruang Daripada Kempen Kesedaran ke Telemovie
[Copy link]
|
|
TV3 akan membawakan telefilem istimewa berjudul Travelling Beruang pada 31 OKTOBER 2015 (Sabtu ) Part 1 & 1 NOVEMBER 2015 (AHAD) Part 2 pukul 9 Malam.
Menampilkan barisan pelakon popular seperti Ungku Ismail, Zara Zya, Siti Elizad, Yana Samsudin, dan Zul Huzaimy. Telefilem ini merupakan kemuncak kepada kempen Travelling Beruang yang telah dilancarkan sejak 9 Jun lalu. Sebuah kempen tercipta atas dasar menimbulkan kesedaran tentang penyakit kanser disamping mendapatkan dana bagi membantu pesakit kanser kanak-kanak di Malaysia.
Bagi Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Sherina Nordin, ini merupakan inisiatif besar pihak mereka pada tahun 2015 dalam melaksanakan kempen berkenaan dan berharap ia dapat memberi sesuatu yang positif kepada masyarakat di luar sana.
“Kami tersentuh apabila Ungku Ismail Aziz yang pada mulanya diberikan watak dalam telefilem TV3 berjudul ‘Travelling Beruang’ membuka hatinya dalam memulakan inisiatif ini. Niat ikhlasnya membuatkan kami terpanggil untuk memainkan peranan kami sebagai sebuah syarikat media dan hasil perbincangan bersama, kami mahu membawa kempen ini kepada skala yang besar. Alhamdulillah, Air Asia dan Altel juga turut berminat menjayakan kempen ini dan kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat,” ujar Sherina.
Menyentuh mengenai telefilem ‘Travelling Beruang’, Ungku Ismail memberitahu dia memegang watak utama untuk telefilem arahan Syahid Johan dan Jay ini. ‘Travelling Beruang’ mengisahkan tentang seorang novelis yang kehilangan anak akibat kanser. Sejak itu perangainya terus berubah dan tidak lagi kisah mengenai diri mahupun kehidupan, sehingga isterinya juga bertindak mahu meninggalkannya.
Novelis tersebut kemudian berjumpa dengan kawannya bagi menceritakan tentang masalah yang dihadapi. Kawannya itu juga mempunyai seorang anak yang menghidap kanser di mana dia turut mempunyai cita-cita untuk mengembara. Dari situ, novelis tersebut mengambil patung beruang milik anak kawannya itu untuk merealisasikan impian kanak-kanak tersebut dan juga impian arwah anaknya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dhlah hensem, educated, pdai berlakun lak tu. heheeh |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-10-2015 07:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
im_cyclist replied at 31-10-2015 06:35 PM
Dhlah hensem, educated, pdai berlakun lak tu. heheeh
dan tinggi .hehe..jarang hero malaysia ni tinggi lampai |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-10-2015 11:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
eddlisa_uyuk replied at 31-10-2015 11:09 PM
pendapat lisa...thread nih perlu di tutup....
minta bincang kat bod TV : Malaysiana
meols ok jek kalau tutup lisa .td tepek di board gosip.hihi..silap board la ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|