PELAKON Halle Berry, 49, memfailkan penceraian terhadap suaminya Olivier Martinez selepas dua tahun berkahwin. Pasangan ini mengumumkan perpisahan mereka secara rasmi pada 27 Oktober lalu.
“Dengan rasa berat hati, kami mengambil keputusan untuk berpisah. Kami akan terus sayang dan hormat antara satu sama lain serta sama-sama fokus melakukan yang terbaik untuk anak kami.
“Tiada yang kami harapkan selain kegembiraan dalam hidup. Kami harap semua menghormati privasi, terutamanya anak kami ketika sedang melalui saat yang sukar ini,” ujar Berry kepada
US Weekly.
Berry dan Martinez bertemu di set penggambaran Dark Tide pada tahun 2001 dan bertunang secara rahsia pada 2011. Kemudian berkahwin pada Julai 2013. Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki, Maceo, 2 tahun.
Pasangan ini minta hormati privasi anak mereka, Maceo.
Menurut satu sumber yang memberitahu
US Weekly, sikap pemarah kedua-dua pelakon ini menjadi punca perpisahan mereka. Berry dan suaminya bergaduh besar sebelum membuat keputusan bercerai.
“Mereka bergaduh tanpa henti. Mereka berdua sangat keras kepala. Mereka menjerit dan bergaduh. Ia sangat teruk. Kedua-duanya mempunyai sikap panas baran. Perceraian ini adalah paling pahit buat mereka,” ujar satu sumber kepada US Weekly.
Ini merupakan perceraian ketiga buat Berry. Beliau pernah berkahwin dengan David Justice pada tahun 1993 dan berpisah empat tahun kemudian. Selepas itu Berry berkahwin pula dengan Eric Benet pada tahun 2001 namun hanya bertahan hingga 2005.
Kedua-duanya punya sikap panas baran.
manggaonline