SECARA tiba-tiba pelakon Syazwan Zulkifly menerusi laman sosial miliknya pada Khamis meluahkan rasa mahu berundur dari bidang lakonan. Apa sebabnya?
Ramai juga yang terkejut dengan pengakuannya itu sampai ada tertanya-tanya apakah keputusan itu ada kaitan hubungan cinta dengan hos program hiburan, Shenty Feliziana?
Dalam nada sebak, Syazwan bercerita kepada Mangga Online ketika dihubungi pada Khamis malam.
“Saya putus asa. Kalau orang kata saya tak kuat, iya, memang saya tak kuat untuk berhadapan dengan situasi ini.
“Ini masalah peribadi yang pasti akan merosakkan nama saya. Jadi sebelum saya kena ‘gam’ oleh mana-mana pihak, lebih baik undur diri.
“Saya sayangkan kerjaya ini, tetapi jika apa yang akan berlaku nanti menyebabkan ibu bapa saya menderita, lebih baik berhenti. Saya sayangkan ibu saya.
“Mungkin saya akan lebih terlibat dengan kerja belakang tabir. Namun tidak untuk di hadapan kamera,” ujar Syazwan.
.
Apabila ditanya apakah punca sebenar isu ini, Syazwan mengakui ia melibatkan cerita peribadi dengan kekasihnya Shenty Feliziana.
Bagaimanapun hero drama terakhir lakonannya 2000km Ke Al Haram ini tidak mahu hal sebenar menjadi kecoh. Sebolehnya ingin mencari jalan penyelesaian terbaik