View: 2013|Reply: 7
|
[Tempatan]
Selayang: Pelanggan loya jumpa ayam goreng berulat
[Copy link]
|
|
SELAYANG - Selera seorang pegawai polis yang sedang makan di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang di sini terbantut apabila menemui ulat pada ayam goreng yang dipesan bersama mi segera dalam kejadian Ahad lalu.
Sumber berkata, pengadu bersama dua rakannya makan di restoran 24 jam itu sekitar jam 3.45 pagi menyedari terdapat ulat pada ayam tersebut selepas beberapa kali suapan.
Menurutnya, pengadu kemudiannya memanggil pelayan restoran untuk memaklumkan kejadian namun jawapan yang diterima kurang memuaskan.
“Pengadu suruh pelayan tersebut memanggil pengurus restoran namun permintaan tersebut tidak diendahkan.
“Mereka bayar bil dan mahu membawa perkara tersebut kepada tribunal pengguna.
“Pengurusan restoran perlu diambil tindakan bagi mengelak insiden sama berulang,” katanya.
Susulan daripada kejadian tersebut satu laporan polis turut dibuat untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Selayang, Ahmad Fauzi Ishak berkata, Jabatan Perlesenan telah mengambil tindakan awal melakukan pemeriksaan ke atas premis berkenaan sejurus menerima aduan semalam.
“Satu kompaun dikeluarkan di bawah Sek 8(5) uuk pengendali makanan kerana tidak memakai topi dan apron manakala tahap kebersihan restoran berada pada gred B selepas markah diperoleh sebanyak 73 peratus.
“Pendidikan kesihatan diberikan terus kepada pekerja dan masa tujuh hari diberikan untuk pembetulan kerja,” katanya.
Katanya, pemeriksaan susulan akan dibuat selepas tamat tarikh matang dan tindakan lebih tegas boleh diambil sekiranya pemilik gagal mematuhi tahap kebersihan ditetapkan
http://www.sinarharian.com.my/edisi/...rulat-1.445219
__________________
|
|
|
|
|
|
|
|
nama kedai..nama kedai
plis.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg termakan tu polis kan...motip??
|
|
|
|
|
|
|
|
kedai yg mana ni..pak tam 24 hours ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|