CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8956|Reply: 79

[Jenayah] Ibu dan anak berjaya larikan diri, selepas seminggu didera!UPDATE#72

[Copy link]
Post time 28-10-2015 08:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 29-10-2015 07:18 AM

Ibu dan anak berjaya larikan diri, selepas seminggu didera
Wanita berusia 21 tahun dan kanak-kanak itu turut dikurung di sebuah rumah, di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu.



[size=100%]KOTA BHARU, 28 Oktober:
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera dan melecur di badan, kerana disyaki menjadi mangsa penderaan teman lelaki ibunya.

Susulan itu, lelaki yang juga seorang penagih dadah itu direman seminggu, kerana dipercayai mendera teman wanita dan kanak-kanak yang disyaki anak luar nikah mereka.

Difahamkan, wanita berusia 21 tahun dan kanak-kanak itu dipukul serta dicucuh dengan puntung rokok, sebelum dikurung di sebuah rumah, di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku sejak seminggu lalu, selepas wanita dan kanak-kanak itu yang tinggal bersama lelaki terbabit, dicucuh dengan puntung rokok di beberapa bahagian badan.

Selain dicucuh puntung rokok, lelaki terbabit yang positif dadah turut membelasah kanak-kanak itu sehingga mata mangsa lebam.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek dipercayai bersekedudukan dengan teman wanitanya itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, perbuatan lelaki itu dikesan, selepas wanita terbabit bersama kanak-kanak itu berjaya melarikan diri pada Ahad lalu dan meminta bantuan saudaranya untuk membuat laporan polis.

“Suspek berusia 32 tahun ditahan pagi Isnin lepas di kawasan tali air di Sri Cemerlang dan direman bermula Isnin sehingga 2 November ini untuk tindakan susulan.

“Kes ini disiasat di bawah‎ Seksyen 343 Kanun Keseksaan, kerana mengurung ibu dan anaknya serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya pada Selasa.

Mazlan berkata, hasil ujian air kencing suspek juga mendapati, lelaki terbabit positif dadah jenis Methamphetamine dan polis akan menyiasat, jika suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

“Buat masa ini, kanak-kanak itu dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II,” katanya.

Susulan penahanan suspek, Mazlan berkata, kes itu dianggap selesai dan hanya menunggu tindakan lanjut.


sbr


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 08:20 AM | Show all posts
kelantan ni mmg.... femes
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:22 AM | Show all posts
nsib baik prempuan tu tau nak larikan diri
x hadap sgt jntn x guna camtu
kalau tidak ada yg mati nnti..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:22 AM | Show all posts
bila maruah di kaki-kakikan , sad
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:24 AM | Show all posts
cemanala kes bersekedudukan ni boleh aman2 je kat serambi mekoh
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila perempuan tak pandai jaga diri dan maruah. Ikut nafsu, bergaul bebas, tak peduli dgn yes n no dlm agama..maka inilah yg terjadi. Moga jd pengajaran dan bertaubat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2015 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua tahun je xde benda nk sakit hati ke dia...huhuhuhu..tembak je mamat tu!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:25 AM | Show all posts

budu warrior.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 08:28 AM | Show all posts
kipaslaju00 replied at 28-10-2015 08:24 AM
Bila perempuan tak pandai jaga diri dan maruah. Ikut nafsu, bergaul bebas, tak peduli dgn yes n no d ...

ye la...mmg semuanya salah perempuan

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:29 AM | Show all posts
xpurcaye lah..

ni tentu jarum2 halus yahudi nak memburukkan ummah serambi mekoh ni...

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:31 AM | Show all posts
kipaslaju00 replied at 27-10-2015 07:24 PM
Bila perempuan tak pandai jaga diri dan maruah. Ikut nafsu, bergaul bebas, tak peduli dgn yes n no d ...


Kalau sekalipun pompuan tu tak pandai jaga maruah, tak boleh ke lelaki Melayu islam jadi lelaki budiman tak sentuh wanita wanita yang dikatakan tak bermaruah cam ni. Ialah kalau tak kerana lelaki, tak wujud juga kan masalah ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:33 AM | Show all posts
Jantan mcm ni layak dihukum bunuh aje
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sia2 masa muda ko dik hadap jantan serupa tue
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:37 AM | Show all posts
DUA TAHUN BERSEKEDUDUKAN DI SERAMBI MEKAH...............????
Camana nak implement HUDUD ni..........?????
Gajah bawah mata pun tak nampak......................
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kipaslaju00 at 28-10-2015 08:40 AM

Lelaki ni ego lebih esp melayu. Cer pi board fd..brp byk isteri merana, makan ati sb perangai suami. Isteri dh buat sehabis baik tp suami ego x berusaha menjadi suami dan ayah yg baik.

Ini..lelaki tu terang2 penagih dadah. Pompuan tu sanggup duduk bersekedudukan smpi beranak.  Anak umur 2thn. Agak2 dh berapa tahun diorg mengeseks? Bijak ke pompuan tu? Ingat dia baru sekali tu kena dera dek boifren dia? Mesti dah selalu kena dera. Tp sb cinta dan yakin boifren dia bole berubah..sanggup lagi duduk bersama.
Laki mcni ni layak ke nk buat suami?

@Flake123 @faraway1
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:38 AM | Show all posts
Tensen baca berita mcm nii  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dewimalam78 at 28-10-2015 09:13 AM

Bukan nk salahkan perempuan. Tp kita ada akal yg allah kurniakan. Jagalah pergaulan. Tgk dgn sapa kita berkawan. Jaga hubungan keluarga. Sekurang2nya..if cinta mati perempuan tu akan fikir perasaan mak ayah dia.
Lelaki tu penagih dadah. Biasanya otak mmg ada sket weng. Org yg dh biasa kenal dgn penagih biasanya bole detect lelaki tu penagih atau bukan. Klu kita nmpk lelaki tu peliks semacam, merepek mengarut..lebih baik jauhkan diri. Jgn cuba2 atau cari masalah di kemudian hari.
Di luar sana masih ramai perempuan dpt bf yg baik2..kawen dgn lelaki yg baik2...
Klu rasa tak mampu bermain dgn api, jgn cuba dekat. Nnt membakar diri, buruk padahnya. Yg plg sadis..anak kecik yg jd mangsa. Byk sgt berita perempuan kena dera dgn lelaki dlm newspaper..perempuan2 kat luar sana perlu amik iktibar.
Kita x mampu control atau ubah perangai lelaki di luar sana. Tp kita mampu mengubah perangai kita sendiri. Berusaha lah dan berserah pd allah. Ins allah Dia akan protect kita. Opps over plaks..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:59 AM | Show all posts
naper org kelantan ramai yg kasar dan ganas yer??? apa faktor yg buat dorang jd mcm tu??
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 09:04 AM | Show all posts
faraway1 replied at 28-10-2015 08:31 AM
Kalau sekalipun pompuan tu tak pandai jaga maruah, tak boleh ke lelaki Melayu islam jadi lelaki  ...

kata deme2 ni, ikan dah terlentang depan mata, bodo la kucing tolak...  gitu fara...  hahahaha...

sepatutnya kalo mengeji sangat perempuan tak bermaruah ni, mesti la sekali pakej jijik nak sentuh...  ni tak, mulut kata jijik tapi lubang tu ko tala jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
kipaslaju00 replied at 27-10-2015 07:38 PM
Lelaki ni ego lebih esp melayu. Cer pi board fd..brp byk isteri merana, makan ati sb perangai suami. ...

Pendek cita, lelaki hampeh wujud, so begitu juga pompuan, so bukan hanya salah satu pihak aje tau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.077693 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list