CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[2015] DILWALE - SHAH RUKH KHAN, KAJOL

[Copy link]
Post time 19-1-2016 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by just_masa at 19-1-2016 02:01 PM
hafieza replied at 19-1-2016 12:39 PM
sorri...karan johar da ckp kt Zee Tv...no more srk lg da pasni....die nk buat movie dgn org lain n ...


Karan johar ada movie dgn srk - tapi arahan gauri shinde (isteri r.balki - juga pengarah tersohor)yg famous dgn filem english vinglish tu...gandingan dgn alia bhattt.....filem tu start shooting febuari ni... karan johar sendiri sedang sibuk mengarah aee dil hai mushkil tk tayangan diwali nanti dgn ranbir kapoor/ aiswarya rai/ anushka sharma.mengenali karan johar , akan ambil masa 3 tahun lagi utk dia mengarah semula setelah selesai sesuatu filem.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by just_masa at 19-1-2016 02:00 PM

Sehingga semalam, dilwale telah menjadi filem dari negara india yg tertinggi kutipan di malaysia yg selama ini menjadi kubu kuat filem tamil. Top 5 filem dr india sebelum ini di dominasi oleh filem selatan india berbahasa tamil - endhiran / sivaji /  vedalam/ i  / katthi. Kesemuanya melepasi angka rm 7 juta di malaysia dgn 3 darinya endhiran/ sivaji dan i adalah arahan pengarah yg sama , shankar. Endhiran/ sivaji dibintangi rajnikant dgn endhiran sendiri mengutip hampir rm 9.5 juta .                                                                      Dilwale juga telah melepasi 2 rekod antara filem tempatan tertinggi di malaysia iaitu ombak rindu & kl gangster.     Hujung minggu lepas , kutipan awalan minggu kelima di malaysia ialah rm 1.7juta -
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
just_masa replied at 19-1-2016 01:48 PM
Karan johar ada movie dgn srk - tapi arahan gauri shinde (isteri r.balki - juga pengarah tersoho ...

only produce...but.bkn die mengarah....

ape2 la...ape2 pon i mmg x SUKA srk cause krn die, bole dikatakn plakon boliwud lain x nmpk malaysia n pluang trus x de...krn citer die gak smpai semua channel kt tv kuar balik movie2 lama yg bg aku wat der ........

ni bg aku yg mmg tgk boliwud dan bkn krn PELAKON....so, pndapat memasing kan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 je la. Patut la hangin sgt ngan dilwale... Xyah la tgk jauh2 tgk je yg dekat... Kat indonesia sana, org sana tau dct search sheila majid sedgkan ramai lagi penyanyi berbakat kat Msia ni tp susah nak ke pasaran sana. So sama jgk kat Msia ni kubu kuat srk jgk. Tp, sekurang2nya film pelakon lain ada jek ditayang kat sini. Tp, pilihan ditgn penonton nak tgk film apa. Sukati depa la nak tgk film hampeh ke film terbaik ke.
Sprt situasi pasaran film di Msia ni kan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 10:24 PM | Show all posts
hijau88 replied at 19-1-2016 10:17 PM
Apa2 je la. Patut la hangin sgt ngan dilwale... Xyah la tgk jauh2 tgk je yg dekat... Kat indonesia s ...

ai pon pelik... salah ke srk faymes kat msia nih.. mcmlah kita tak tau pelakon lain kan...haha so funnylah plak.. sebnrnye.. weirdnye..

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
lonso replied at 19-1-2016 10:24 PM
ai pon pelik... salah ke srk faymes kat msia nih.. mcmlah kita tak tau pelakon lain kan...haha so  ...

Ntah... Penangan dilwale smua la hangen. Sikit2 banding ngan dilwale. Apsl mastani tu tak dibanding ngan baijaan tu?
Aku ni baru shj, diulangi baru shj minat gandingan srkajol ok sbb dilwale... Tym theyols blakon film2 lain x terdetik pun nak minat, tp tgk je la sbb dah mmg dorg couple serasi dlm film kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2016 10:47 PM | Show all posts
hijau88 replied at 19-1-2016 10:17 PM
Apa2 je la. Patut la hangin sgt ngan dilwale... Xyah la tgk jauh2 tgk je yg dekat... Kat indonesia s ...

kubu kuat sbb byk main dgn politik...

kalo baru tau hindi x yah kecoh sgt rase mcm dh terer...

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hijau88 at 19-1-2016 10:59 PM

Aku mmg dr dlu tgk hindi tp utk follow betul2 mcm engko tidak la. Aku takde ckp aku terer psl film hindi. Engko lgi otai. Sepa leh lawan kan. Lebih tau setiap storyline setiap film hindi yg ada d seluruh india. Tau mana yg film yg hampeh mana yg bagus. Aku memang taktau, memg tak tau. Aku tgk utk menghiburkan diri shj.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 11:03 PM | Show all posts
aiyo.... put asidelah politik ke apa ke.. org tengok adalah sebabnye... ada yang nak tgk just for fun.. ada yang tengok terimbau memori lama-lama... mcm iols tgk sbb srk n kajol jek... tapi itu x menandakan aku tak tgk pilem lain... dlm dilwale ni pon aku skip2 cite.. tapi cite yg salman belakon tu aku tgk takdelah skip2 pon.. so takperlulah nak kecoh bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by just_masa at 20-1-2016 12:14 AM
hafieza replied at 19-1-2016 09:26 PM
only produce...but.bkn die mengarah....

ape2 la...ape2 pon i mmg x SUKA srk cause krn die, bole ...


Marah ker ni ....abg tak kata pun karan johar arah..karan johar dgn srk kongsi buat filem tu....arahan gauri shinde....abg x sabar dgn filem tu sebab filem arahan dia sebelum ini, english vinglish amatlah bestnya....mesti dah tgk kan sebab hafieza tgk filem bkn pelakon kan.....janganlah marah- marah ...nanti cepat tua...pengedar filem hindi di malaysia rasanya dh berlaku adil pada semua filem....filem salman khan bharangi bhaijaan dgn prem ratan dan payo tu dua - dua pengedar bwk dkt 40 salinan ke malaysia...lg banyak dr dilwale yg ade 32 jer salinan....tapi 2- 2  hanya menepati standard ilem bollywood di malaysia...sekitar rm 450 k sahaja....dilwale dah nak lepas rm 12 juta ni dik....pengedar perlukan suntikan modal sebegini utk terus bawak filem- filem hindi yg blokbuster mahupun yg bermutu tinggi...dulu boleh harap jualan dvd original ..tapi jualan sejak 2 tahun lps amatlah menyedihkan sampai terpaksa stop jualan...dvd pk adalah dvd yg terakhir pengedar edar di malaysia....sekarang , kebanyakan filem lepas habis di pawagam , terus jual kat astro bollyone hd....kemudian ke stesen tv rtm @  mediaprima..... abg kalau boleh mahu masyarakat malaysia menerima filem hindi yg blockbuster mahupun yg bermutu tinggi sama seperti mereka membudayakan filem hollywood di pawagam kita....tak payahlah nak tunggu setiap kali demam yg dicetuskan srk/ kajol baru nak sibuk gelombang gali balik filem - filem hindi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by just_masa at 20-1-2016 12:38 AM
hijau88 replied at 19-1-2016 10:58 PM
Aku mmg dr dlu tgk hindi tp utk follow betul2 mcm engko tidak la. Aku takde ckp aku terer psl film h ...


Merajuk ker ni...janganlah merajuk....setiap org ader pandangan masing masing kan ader yg menonton filem sekadar hiburan..ada yg menghayati seninya...ada yg kerna minat pelakonnya..ada yg nk melihat mesejnya...apa yg pasti, fenomena srk/ kajol tidak terhad di negara kita sahaja kerana merekalah antara yg bertangungjawab mencetuskan fenomena bollywood di kebanyakan negara...sama seperti winter sonata mencetuskan fenomena kpop kpd dunia ...so, faktor nostalgia tu amat tinggi kot...harap lepas ni....adik akan terus memberikan sokongan kepada filem - filem bolywood yg blokbuster mahupun bermutu tinggi....srk sendiri tahun ini ader 3 filem dan abg tak sabar menanti filem keluaran yasraj fan mahupun filem arahan gauri shinde yg still tak bertajuk tu.....kajol pun ader satu filem dgn suaminya yg juga tak bertajuk.....utk masa terdekat, filem airlift lakonan akshay kumar berlatarbelakangkan kisah sebenar semasa perang kuwait/ iraq tu kelihatan sgt menarik akan tayang hujung bulan ini.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
just_masa replied at 20-1-2016 12:31 AM
Merajuk ker ni...janganlah merajuk....setiap org ader pandangan masing masing kan ader yg menont ...

Ala abam @just_masa manada. Tgk emoticon kat ujung tu. haha.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 08:54 AM | Show all posts
just_masa replied at 20-1-2016 12:07 AM
Marah ker ni ....abg tak kata pun karan johar arah..karan johar dgn srk kongsi buat filem tu.... ...

i like ur post...byk tahu ye pasal kutipan kat Msia ni..keje kat bhgn situ ke?

xyah lyn org mcm tu...kita nk happy2 tgk citer...tp rasa demam dilwale ni utk hakak dh kebah kot...sbb dh blh move on...tgu next citer lain plak...

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 10:40 AM | Show all posts
terhibur gak baca benang ni..... iols tgk film ni 4x kat panggung uols...... demam sesangat rasanya ni.... wakakakaka..... the magic of SRKajol.... tak siapa boleh sangkal... even kat bollywood sendiri mengiktiraf mereka adalah best couple on screen... bak kata Farah Khan... "just letakkan SRK dan Kajol duduk sebelah menyebelah jer.... magic muncul...' hangau weh ngan kapel ni..... macam mana pasangan in real life dowang handle pun tak tau lah.....

x sabarnya nak tgk film dowang bergandingan lagi.... jarak film mereka bersama pun boleh tahan jauhnya.... KKKG - MNIK = 9 thn.... MNIK - Dilwale = 5 thn.... kene tunggu another 5 thn kah??? masa tu SRK dah 55 wei.... huhuhhuhu.....

BTW iols fans of Salman, Amir jugak... selain hitrik..... tapi pelakon2 generasi baru ni x ada lagi yg melekat di hati.... tgk sekali je.... pastu hilang......



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 11:12 AM | Show all posts
Terkejut sokongan magis

Pada usianya mencecah 40-an, pelakon Kajol Devgan, 41, akui kurang sesuai andai diminta berlakon dalam cerita cinta remaja.

Bagaimanapun, dia tidak mempunyai masalah digandingkan lagi dengan Shah Rukh Khan dalam cerita romantik sebagaimana dalam Dilwale.
Katanya, Dilwale adalah kisah cinta yang sesuai untuk tontonan usia 25 dan ke atas, tetapi Bollywood tidak banyak menghasilkan karya yang memaparkan percintaan untuk golongan dewasa.
“Kebanyakan untuk tontonan remaja dan kami berganding dalam beberapa filem sejak 22 tahun lalu. Saya juga tiada masalah terus berganding dengannya, tetapi satu pengalaman yang menarik jika dapat berlakon dalam filem romantik dengan jalan cerita yang lebih matang.
“Saya inginkan sesuatu yang baru. Saya pernah berlakon dalam kisah cinta ‘happy go lucky’. Pada usia sekarang, saya melalui banyak fasa berbeza. Emosi yang saya salurkan bagi merealisasikan sesebuah watak itu juga sangat berlainan,” katanya.
Dilwale juga membuka laluan baru untuknya kembali aktif di persada seni selepas lama menyepi untuk memberi tumpuan kepada keluarga.
Kajol bakal muncul dalam filem baru, tetapi kali ini berganding dengan suami, Ajay Devgan. Karya itu pula akan diterbitkan syarikat mereka sendiri, Devgan Entertainment and Software Ltd.
Ia kini dalam proses meneliti skrip, tetapi Kajol tidak mendedahkan jalan cerita mahupun barisan pelakon yang bakal membintangi filem itu.
Katanya, penggambaran dijangka bermula Jun tahun ini, tetapi segalanya bergantung kepada persiapan.
“Kalau semua perkara selesai, bolehlah kami mulakan penggambaran. Buat masa ini, skripnya sudah siap, tetapi harus mengkaji semula serta memperbaiki beberapa bahagian.
“Filem bukan hanya dinilai pada lakonan semata-mata, tetapi juga dikuatkan dengan skrip. Bukan mudah menghasilkan karya berkualiti.
“Setakat ini sudah ada perbincangan mengenai pemilihan pelakon serta pengarah, tetapi kami belum bersedia mendedahkan individu berkenaan apatah lagi ia masih dalam peringkat awal,” katanya.
Selepas menjayakan filem My Name Is Khan, Kajol berehat daripada dunia lakonan buat seketika kerana melahirkan anak keduanya pada 2010.
Katanya, dia tidak boleh meninggalkan anaknya yang masih kecil, tetapi kini anak lelakinya, Yug ber-usia lima tahun dan dia berasa tiba masanya untuk kembali berlakon.
“Bagaimanapun, tidak mungkin saya dapat bekerja seperti Shah Rukh Khan kerana saya tidak mempunyai perancangan untuk berlakon dalam tiga filem dalam setahun. Perkara itu hanya Shah Rukh Khan boleh lakukan. Sukar untuk saya bekerja keras seperti dia.
“Dulu saya memilih untuk menjaga anak. Saya bukan orang yang melahirkan anak kemudian meninggalkan mereka semata-mata kerana kerja, tetapi apabila anak saya sudah besar dan pandai menjaga diri, tidak ada masalah untuk tinggalkan Nysa dan Yug sementara saya bekerja,” katanya.
Keputusan meneruskan kariernya disokong anak sulungnya dan ini menyentuh hati Kajol. Pada masa sama, dia ingin menunjukkan etika bekerja kepada dua anaknya.
“Dulu apabila ibu saya pergi bekerja, saya akan tanya kenapa dia tidak boleh duduk di rumah memasak dan menjaga saya, tetapi sekarang saya faham apa yang dimaksudkan ibu apabila dia kata dia harus bekerja.
“Saya harap anak perempuan saya dapat memahami etika kerja yang ingin saya tunjukkan. Saya juga mahu dia bekerja dan mengejar impian. Dia harus berdikari kerana suatu hari nanti dia juga akan menjadi ibu yang membantu menyara keluarga,” katanya.
Gandingan Kajol dan Shah Rukh Khan bermula dengan filem Baazigar, sekali gus menaikkan namanya diikuti Dilwale Dulhania Le Jayenge, Duplicate, Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhie Gham, My Name Is Khan dan Dilwale.
Bagi peminat, mereka adalah pasangan kekasih dalam filem yang berjaya menambat hati penonton.
Kata Kajol, walaupun mereka bekerjasama dalam pelbagai genre filem, sokongan peminat terhadap mereka umpama magis. Dia tidak menyangka selepas berehat beberapa tahun, gandingan mereka masih dinantikan.
“Sokongan peminat terhadap kami memang sesuatu yang mengharukan. Bagaimanapun, kejayaan Dilwale tidak hanya terletak pada bahu pelakon, tetapi kerjasama semua pihak termasuk kru.
“Pujian juga harus diberikan kepada peminat yang terus memberi sokongan dari awal hingga hari ini. Mereka menghargai kehadiran kami dalam industri. Situasi itu membuatkan kami ingin bekerja lebih keras,” katanya.










Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 11:16 AM | Show all posts
Dilwale ungguli carta pawagam Malaysia
AQMAR MUSTAZA
17


DILWALE mendapat kutipan memberangsangkan di India, Dilwale mendapat sambutan hebat di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sehingga menjadi filem Bollywood terlaris yang ditayangkan.
Reaksi sama turut diterima untuk tayangan di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan beberapa negara Eropah. Ia satu pencapaian yang jarang diraih filem Bollywood.
Manakala di Malaysia, Dilwale terus mengungguli carta di kebanyakan pawagam meskipun sudah hampir sebulan ditayangkan.
Atas faktor itu, sehingga 14 Januari lalu, Dilwale dilaporkan sudah mengutip RM198.86 juta membabitkan kutipan di seluruh dunia.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa pawagam di Lembah Klang mendapati, filem yang diarahkan Rohit Shetty itu masih ditayangkan untuk tiga hingga enam sesi sehari berbanding Star Wars : Episode VII-The Force Awakens yang sudah dikurangkan sesi tayangan dua hingga tiga kali sehari.
Untuk rekod, filem Star Wars ditayangkan sehari awal daripada Dilwale.
Menurut Pembantu Pengurus TGV Cinemas cawangan Bukit Raja, Abdul Razak Za'aba, Dilwale mula ditayangkan di pawagam berkenaan sejak 31 Disember lalu.
"Sejak 31 Disember hingga 13 Januari lalu, sebanyak 113 tayangan dimainkan untuk filem berkenaan, dengan jumlah penonton hampir 14,000.
"Tayangan Dilwale secara tidak langsung telah mengatasi tayangan Star Wars di sini," ujarnya.
Rata-rata yang pernah menonton Dilwale menyifatkan filem tersebut amat dinantikan kerana memperlihatkan gandingan semula Datuk Shah Rukh Khan (SRK) dan Kajol di layar perak selepas kali terakhir berganding bersama menerusi My Name Is Khan pada 2010.
Selain gandingan SRK dan Kajol, Dilwale yang bergenre romantik muzikal dan aksi komedi ini turut dibintangi Varun Dhawan, Kriti Sanon, Johnny Lever dan Varun Sharma.
Filem ini turut digilai ramai peminat kerana menampilkan lagu menarik iaitu Gerua, Janam Janam, Tukur Tukur, Daayre dan banyak lagi.
Dilwale mengisahkan mengenai konflik dalam hubungan cinta di antara Kaali/Raj (SRK) dan Meera (Kajol) yang berlanjutan selama beberapa tahun tanpa kesudahan.
Halangan itu berlaku disebabkan pertelingkahan di antara keluarga mereka yang masing-masing terlibat dalam aktiviti kongsi gelap.
Hubungan yang pada awalnya tiada masalah bertukar bencana apabila keluarga Meera membongkar kisah silam Raj dan adiknya, Veer (Varun Dhawan) sehingga memaksanya meninggalkan lelaki itu.
Bukan hanya jalan cerita dan lakonan yang menyentuh perasaan, Dilwale yang menjalani penggambaran di Bulgaria turut menampilkan sinematografi yang tidak menghampakan, malah visual melatari naskhah berkenaan benar-benar menakjubkan.
Kajol pukau penonton
Tidak hanya gandingan 'King of Bollywood' ini yang menjadi perhatian ramai, kemunculan Kajol dengan perbezaan gaya dan kecantikan yang luar biasa turut menarik perhatian.
Masakan tidak, sejak kemunculannya di dalam filem berkenaan, beberapa pihak mula berkongsi cara Kajol berdiet dan menjaga kecantikan.
Bahkan ada juga yang sanggup menonton filem berkenaan beberapa kali kerana terpukau dengan kecantikan wanita itu.
"10 tahun saya bekerja berlakon di bawah terik mentari membuatkan kulit saya gelap. Kini saya tak lagi bekerja begitu, sebaliknya lebih banyak berada di rumah, jadi kulit saya makin putih. Ia bukan kerana pembedahan.
"Saya tidurkan anak pada jam 9.30 malam dan saya sendiri akan lena selepas mereka melelapkan mata. Saya tidak berjaga lewat malam dan tidak menghadiri parti. Jika ada kerja malam, sebaik selesai saya akan terus pulang," kata Kajol.
Dalam pada itu, berkongsi pengalaman awal terlibat di dalam pembikinan Dilwale, Kajol berkata, ketika dia dilamar untuk berlakon di dalam filem itu, dia dan suaminya, Ajay Devgan sedang dalam perancangan menerbitkan sebuah filem.
Bagaimanapun 'lamaran' dan pujukan SRK yang disifatkan tetap sama seperti 25 tahun lalu secara tidak langsung membuatkan dia bersetuju untuk kembali bergandingan bersama aktor tersebut.
"Saya gembira setiap kali bekerjasama dengan dia (SRK). Dia seorang yang lucu dan mudah beri kerjasama ketika bekerja. Malah setelah sekian lama berkawan, saya selesa bekerjasama dengannya.
"Walaupun telah berpengalaman dalam berpuluh filem, dia tetap teruja setiap kali memulakan penggambaran seperti memberi pendapat, merancang apa yang mahu dilakukan.
"Saya pula akan sentiasa menenangkan dia dengan berkata, 'bertenang, ini filem awak yang ke-255.'," katanya sambil ketawa.
SRK dedah rahsia
Sementara itu, SRK berkata, kerinduannya untuk bekerjasama dengan Kajol membuatkan dia tekad untuk mendapatkan aktres berusia 42 tahun itu di dalam filem terbaharu terbitannya.
Menyifatkan Kajol sebagai keajaiban di skrin, SRK merasa bertuah apabila ibu kepada dua cahayamata itu bersetuju untuk bersamanya selama 150 hari demi Dilwale.
"Setiap kali berlakon bersama orang lain, saya sentiasa rindukan gandingan bersama Kajol. Dia beri kami tempoh 150 hari menyiapkan filem ini dan ketika berada jauh dari anak-anak, saya tahu dia sudah buat satu pengorbanan yang besar demi kerjanya," ujarnya.
SRK dan Kajol sebelum ini pernah sama-sama bergandingan untuk filem Baazigar, Karan-Arjun, Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kuch Kuch Hota Hai, Kabhie Khushi Kabhi Gham dan My Name Is Khan.
Ditanya keistimewaan Kajol di matanya, SRK berkata, sejujurnya ketika mula mengenali wanita itu, dia tidak mempunyai pandangan yang baik terhadap Kajol.
"Ketika saya bekerjasama dengan dia menerusi Baazigar, Aamir ada bertanya saya tentang dia kerana Aamir berminat untuk bekerjasama dengannya.
"Saya kemudiannya meninggalkan komen dan menyifatkan Kajol seorang yang teruk, tidak fokus di dalam kerja dan dia tidak sesuai bekerjasama dengan Aamir.
"Tetapi selepas itu, saya melihat Kajol sebagai satu keajaiban di dalam skrin. Dia seorang pelakon yang jujur dan mempunyai kualiti kerja baik.
"Bila Suhana (anak SRK) meluahkan hasrat untuk menjadi pelakon, saya minta dia belajar berlakon dari Kajol kerana Kajol ada sesuatu aura yang sukar untuk saya jelaskan," jelasnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2016 01:13 PM | Show all posts
qis13 replied at 20-1-2016 11:16 AM
Dilwale ungguli carta pawagam Malaysia
AQMAR MUSTAZA
17

adalah yang panas hati baca kutipan mengungguli carta msia... hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 10:31 PM | Show all posts
dah 3x nengok Dilwale..hehe...tak jemu melihat kecantikan Kajol di layar perak...hrp2 Dilwale pecahkan bbrp rekod lagi di Malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 12:37 AM | Show all posts
Kajol mmg cantik & mempesona...tp bila tgk dia off screen, adakala cara dia berckp tu quite annoying jgk..kuar suara tinggi mcm itik tu....ntahla x reti nk explain...hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 07:47 AM | Show all posts
amikie replied at 18-1-2016 04:25 PM
sama ler...x minat sgt si Ajay Devgn..
cuma suka watak dia dlm Dil Kiya Kare je..sebab x ganas sg ...

Hum Dil De Chuke Sanam ...lama tak tgk....aishu sgt cantik....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.823877 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list