CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2353|Reply: 13

[Tempatan] Menari Untuk Berzikir Dilarang Syarak – Mufti Perlis

[Copy link]
Post time 27-10-2015 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Menari Untuk Berzikir Dilarang Syarak – Mufti Perlis                                Oct 27, 2015                55

Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin


20Shares


KANGAR – Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sudah memutuskan bahawa perbuatan menari untuk berzikir dilarang mengikut syarak.
Mufti Kerajaan Negeri, Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat ke-29/2015 jawatankuasa tersebut pada 24 dan 25 Ogos lepas.
Beliau berkata perbuatan menari bagi tujuan berzikir adalah bercanggah dengan nas-nas syarak dan tujuan pensyariatan zikir itu sendiri.
Mohd Asri memberitahu pemberita selepas merasmikan seminar Maqasid Syariah peringkat kebangsaan di Dewan Warisan di sini, hari ini.
“Hal ini (menari untuk berzikir) tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan generasi al-Salaf al-Soleh. Zikir hendaklah dilakukan dalam keadaan khusyuk dan tenang.
“Nas-nas yang cuba digunakan bagi membolehkan perbuatan itu seperti takwilan dalam ayat 191 surah Ali Imran, kisah Ja’far, peristiwa tarian Habasyah, tamayul oleh beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW dan lain-lain telah ditafsirkan secara salah,” tambahnya.
Mohd Asri berkata riwayat tersebut pula tidak sahih dan pendalilan dibuat di luar konteks.
Beliau bagaimanapun berkata zikir dalam segala keadaan yang diizinkan oleh syarak seperti semasa bekerja, memandu, bersukan dan seumpamanya dibolehkan dan terpuji.
“Maka seorang muslim hendaklah membezakan antara menari untuk berzikir sebagai ibadat dengan zikir semasa melakukan aktiviti kehidupan. Berzikir semasa melakukan aktiviti yang baik digalakkan,” katanya.
Mohd Asri berkata tamayul atau gerakan yang berlaku secara spontan tanpa diniatkan sebagai ibadat semasa berzikir atau membaca al-Quran dan lain-lain juga tidak dilarang.
Beliau berkata walaupun menari untuk berzikir tidak dikesan berlaku di Perlis, pihak berkuasa tidak boleh alpa membuat pemantauan berterusan untuk mencegahnya sebelum dapat bertapak di negeri ini. – BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2015 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampaknya Maulana (Jalaluddin Rumi) kena menjawablah di Padang Masyar esok.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 04:28 PM | Show all posts
Maideen. replied at 27-10-2015 04:23 PM
Nampaknya Maulana (Jalaluddin Rumi) kena menjawablah di Padang Masyar esok.

bang maideen , yg penting di padang masyar esok Najib dan bang maideen  line depan....surat amalan dapat dari tangan kanan....PUAK KANAK.

Syukorrrrrrrrrrrrrrrrrrrr elhamudlillah

Bang maideen zikir xmenari ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 04:28 PM | Show all posts
Maideen. replied at 27-10-2015 04:23 PM
Nampaknya Maulana (Jalaluddin Rumi) kena menjawablah di Padang Masyar esok.

takper...sekarang byk jawapan2 dah bocor...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kite haruslah kembaji ke ajaran islam sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 04:34 PM | Show all posts
dzaraa replied at 27-10-2015 04:28 PM
takper...sekarang byk jawapan2 dah bocor...

Syukurrr.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2015 04:35 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 27-10-2015 04:29 PM
kite haruslah kembaji ke ajaran islam sebenar

Takbirrrrrrr...........
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 04:40 PM | Show all posts
hishhhh... macam2 sangat lah la ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2015 04:57 PM | Show all posts
Dah kenapa menari sambil berzikir?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 05:14 PM | Show all posts
Haram ke? Boleh masuk neraka ke? Biar le org nk beribadat mcm mana pun. Mereka pun ada juga dalil2 yg sahih. Yg penting bukan berzikir sembah berhala.

Dlu kemain lagi nk bakar kitab imam ghazali. Lps tu pandai konar blk.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
"Di zaman kita ini, kata “wahabi” adalah julukan bagi kaum muslimin yang berpegang teguh kepada al-Qur’an dan as-Sunnah dengan pemahaman Salafush-Shalih. “Wahabi” adalah julukan yang diberikan kepada kaum muslimin yang mendakwahkan tauhid, melarang kesyirikan, mengajak kepada sunnah, anti kepada bid’ah".  -Buya Hamka
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 09:13 PM | Show all posts
Dovahkiin replied at 27-10-2015 05:14 PM
Haram ke? Boleh masuk neraka ke? Biar le org nk beribadat mcm mana pun. Mereka pun ada juga dalil2 y ...

Para pencinta seperti Maulana tidak akan sesekali marah kepada orang yang mengatakan mereka sesat ka, kafir ka, apa ka termasuklah yang menaku merekalah penganut Isle sebernerrrrr.....

Jom tengok mereka berzikir dengan cara yang telah dilakukan selama 700 tahun. Macam putaran planet pon ada...


Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 02:28 PM | Show all posts
Dovahkiin replied at 27-10-2015 05:14 PM
Haram ke? Boleh masuk neraka ke? Biar le org nk beribadat mcm mana pun. Mereka pun ada juga dalil2 y ...

Shariat juga berasaskan prinsip "apa yang tidak dilarang adalah dibenerkan". Kalau tak silap ini tergulong dalam prinsip "ibahah" - what is not prohibited is permitted.
Sebab itulah tidak ada orang bertanya "Mana dia dalil kita tak boleh makan nasi? Kalau tak ada dalil, maka ianya adalah dilarang!"

Mungkin Mufti ni tak pakai prinsip ini.....

Wallahualam.



Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 02:38 PM | Show all posts
nak menari pi klub dangdut la...




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.535316 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list