CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9769|Reply: 95

Namewee Mengamuk Di Luar Mahkamah!

[Copy link]
Post time 26-10-2015 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




Selepas dikejar ke hospital akibat mengalami kesakitan perut sebelum ini, perbicaraan Kes Namewee memaki-hamun Tenaga Nasional Berhad (TNB) akhirnya diadakan! Bagaimanapun, kes tersebut telah pun ditundakan sekali lagi.




Sebelum perbicaraan, Namewee telah membuat pengumuman awal melalui akaun Facebooknya bahawa keadaan di mahkamah akan disiarkan secara langsung menerusi internet, dengan memohon orang ramai menjadi saksi bagi pihaknya mengenai keadilan perundangan Malaysia.





sumber foto : Facebook rasmi Namewee




Menyelar sambil marah Timbalan Pendakwa raya di luar mahkamah : Kenapa nak benci saya?




Berdepan tekanan perbicaraan, Namewee yang bersifat panas baran telah mengamuk di luar mahkamah dengan memarahi sambil menyoal Timbalan Pendakwa Raya, Saiful "kenapa satu kesalahan boleh dijatuhkan 2 kali hukuman?"




Ketika itu, keadaan boleh dikatakan amat tidak menyenangkan hati, biarpun Saiful bertindak mendiamkan diri sambil berwajah senyum, tetapi Namewee masih terus mengamuk dan berkata, "Ini seolah-olah memotong tangan saya dan kata ia tidak dikira, lepas itu memotong kaki saya pula! Macam ini boleh ke?"




Menurut Namewee lagi, "awak seorang peguam... saya orang miskin, awak tahu tak? Awak nak saya mati ke? Kenapa nak benci saya? Kenapa kerajaan nak membenci saya? Apa kesalahan saya? Saya pernah mendapat banyak anugerah di luar negara! Saya bantu Malaysia! Saya rasa bangga kerana saya rakyat Malaysia!"




Suasana pada ketika itu amat tegang, akhirnya setelah dinasihat oleh ibu dan rakan-rakan, Namewee barulah meninggalkan termpat itu.


Bagaimana pun, selepas insiden itu berlalu, apabila ditanya pihak media, Saiful berkata dia akan simpan dulu samada mengambil tindakan atau tidak ke atas perbuatan dan tingkah laku Namewee tadi.




Disebabkan wakil peguam Namewee iaitu Gobind Singh tidak hadir ke mahkamah, tambahan lagi penyerahan dokumen juga tidak lengkap, maka kes tersebut sekali lagi ditunda sehingga ke tarikh 30 November.








Pengumuman Menerusi Facebook : Saya nak dakwa balik mereka!





Menerusi siaran langsung di internet, Namewee sekali lagi mengamuk dengan mengatakan walaupun dirinya telah menjalani hukuman yang dikenakan iaitu khidmat sosial selama 3 bulan, tetapi yang membuatnya tidak faham, dia masih perlu sekali lagi menghadapi perbiacaraan.




Dengan terus-terang, dia mengatakan sistem perundangan terlalu 'gelap', bagi dia ini bukan soal undang-undang, sebaliknya ia adalah 'masalah politik'!


"Saya hampir dah nak bankrup, jika perbicaraan sebegini diteruskan, kenapa mereka nak terus macam ini membuli orang miskin, kenapa undang-undang perlu menjadi permainan bagi orang kaya-raya, dan bukan satu sistem yang digunakan untuk melindungi rakyat di seluruh negara ini."




Dia juga mengecam dengan cara menggunakan sistem perundangan untuk mengenakan rakyat biasa, ia amat tidak berperikemanusiaan.





sumber foto : Facebook rasmi Namewee



Selepas itu, Namewee memuatnaik satu gambar di akaun Facebook miliknya dan mengatakan biarpun perbicaraan kali ini tiada keputusan, tapi dia sudah bersedia untuk mendakwa balik pihak terbabit.




Meskipun perbicaraan kes Namewee memuatnaik video pendek dia bertindak memaki hamun TNB, sekali lagi kes ini ditunda sehingga 30 November 2015.




Sungguhpun begitu, dia pula kelihatan mengamuk di luar mahkamah kerana tidak dapat mengawal kemarahannya. - CARI Infonet



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2015 04:50 PM | Show all posts
cina bodoh kalo dibagi muka sangat
jadi la macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:53 PM | Show all posts
padan muka... hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:56 PM | Show all posts
hidup lagi dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:56 PM | Show all posts
ehhh haramsade ni boleh masuk msia ke?
ingatkan dah kena ban sampai mampos
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
meroyan la ko haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2015 05:07 PM | Show all posts
Dah pokai ek?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:14 PM | Show all posts
G berjimba bersama Alvin la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2015 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ang pasang lawyer gobind singh tu mna dpt duit?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:15 PM | Show all posts
Mamat ni mmg bodo

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:18 PM | Show all posts
sejak bile die miskin?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:20 PM | Show all posts
pergi simpan sama ko  punya anugerah
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 26-10-2015 04:56 PM
ehhh haramsade ni boleh masuk msia ke?
ingatkan dah kena ban sampai mampos

Confused dgn Alvin tan ke dikkk....

Ni cina namewee.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:26 PM | Show all posts
masuk jail la hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:29 PM | Show all posts
dia patut low profil, lepas kes lagu negaraku tu.

ni buat kes lagi.

syukurla ummah malaya ni jenis timbang rasa, ikutkn hati, mau je cmpak ke luar negeri.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:31 PM | Show all posts

apsl tmpt die je blackout? saja je org tnb pedajal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2015 05:34 PM | Show all posts
tapi dia ni mmg jenis ultra kiasu
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:36 PM | Show all posts
kesian namewee didakwa dua kali atas kesalahan dan telah menjalankan pun  hukuman  yg pertama, kalau Ali Tinju musti tidak bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:37 PM | Show all posts
v(T.T)v replied at 26-10-2015 05:36 PM
kesian namewee didakwa dua kali atas kesalahan dan telah menjalankan pun  hukuman  yg pertama, kalau ...

sebab dia bukan org umno
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kah kah kah.. Selayaknya la kau dihukum. Pendakwaraya kekal relax jah walaupun diprovoke yenna nih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.601787 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list