CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2302|Reply: 1

Ketahui Baik dan Buruknya Vitamin

[Copy link]
Post time 21-10-2015 07:03 PM | Show all posts |Read mode
        Terdapat pelbagai jenis vitamin dan setiap satu berbeza dari segi fungsinya sama ada untuk wanita atau lelaki.  Jika anda tidak mempunyai apa-apa masalah atau penyakit yang kronik, anda boleh mengambil vitamin yang mengandungi semua jenis vitamin sebagai makanan tambahan, pilihlah vitamin yang mengandungi ‘full spectrum’ atau komponen vitamin yang lengkap seperti Vitamin B kompleks yang mengandungi ke lapan-lapan vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12.

        Vitamin B – Ubat Awet Muda
        Vitamin B penting sebagai makanan tambahan untuk menjaga kesihatan diri, vitamin ini berfungsi untuk menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrisi dan menjaga sistem saraf tubuh.  Vitamin ini melengkapkan lagi imunisasi badan dan menambahkan kekurangan di dalam badan dan perlu diambil dengan kuantiti yang disarankan sahaja untuk mendapatkan keputusan yang dikehendaki. Anda memerlukan vitamin B jika anda mempunyai tanda-tanda seperti mudah keletihan, kebas di bahagian badan, cepat gemuruh dan kemurungan serta lemah.

        Vitamin ini membantu membina rambut yang sihat dari akarnya serta melambatkan pertumbuhan uban. Jika anda mempunyai masalah alahan dan kulit yang mudah terluka, ini salah satu makanan tambahan yang diperlukan. Stres atau tekanan pada diri anda akan dikurangkan juga kerana ia membantu untuk menghasilkan tenaga tambahan. Selain dari itu, salah satu fungsi vitamin B adalah sebagai ubat awet muda kerana ia akan mengantikan sel-sel dalam badan anda supaya kulit anda sentiasa licin.

        Vitamin C – Antioksidan Terbaik
        Beralih kepada vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah-buahan sitrus untuk meningkatkan imuniti anda terhadap pencemaran dan daya tahan badan.  Ianya antioksidan yang melindungi badan dan daya pulih badan. Salah satu kelebihan vitamin C ialah ia dapat meningkatkan penyerapan zat besi. Pengambilan vitamin C sebagai makanan tambahan adalah digalakkan kerana vitamin ini kadangkala sangat kurang diambil dalam diet makanan anda sehari-hari dan ia juga mudah larut. Maksudnya jika anda meminum segelas jus oren anda akan mendapat vitamin C sebagai makanan tambahan anda tetapi kerana keadaannya yang mudah larut ia tidak akan kekal di dalam badan.

        Kekurangan vitamin C secara berterusan juga tidak elok untuk tubuh anda kerana ia akan menjejaskan pertahanan badan.  Jika anda tidak mengemari daging sebagai makanan harian atau seorang pengamal sayur-sayuran, anda digalakkan untuk mengambil makanan tambahan dari vitamin C kerana ia akan berfungsi sebagai penyerap zat besi daripada makanan ke dalam darah.

        Vitamin D – Elak Penuaan
        Pati ikan kod, minyak hati ikan, mentega, putih telur dan cahaya matahari merupakan sumber vitamin D untuk badan. Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan masalah dari segi kesihatan tulang dan gigi. Tanda-tanda kekurangan vitamin D ialah anda mudah mendapat gusi berdarah dan tulang yang lembut seperti mudah patah dan kekejangan pada otot dan juga kaki. Ia diperlukan untuk penyerapan kalsium secara teratur dan terlibat dalam mengatur denyutan jantung.  Susu dianggap sebagai makanan yang mengandungi banyak vitamin D dan ia bertindak sebagai anti penuaan. Cahaya matahari pada waktu pagi di antara pukul 7 sehingga 10 pagi adalah baik sebagai alternatif untuk mendapatkan vitamin D.

        Vitamin E – Pertahan Fungsi Saraf
        Vitamin E sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan mengekalkan pertumbuhan secara normal.  Ia boleh mencegah penyakit jantung, mencegah kanser payudara, mencegah kanser prostat, meningkatkan sistem imun untuk warga emas serta penyakit parkinson. Sumber untuk vitamin ini boleh didapati daripada kekacang dan biji-bijiran seperti oat, kacang soya dan gandum. Kekurangan vitamin E akan menyebabkan berlakunya gejala rambut gugur yang kritikal, kulit yang kering dan kurang darah.


        sumber gambar : internet
                                                
pesonapengantin

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2015 12:16 PM | Show all posts
sejak 2 mgu lps duk rs pening2 je
selera makan kurang
4 kg dh turun
lidah mcm putih2 sungguhpun dh berus

so...vitamin mn satu yg sesuai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.038276 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list