CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2135|Reply: 14

[Tempatan] Najib Sukar Pilih Keputusan #Bajet2016

[Copy link]
Post time 21-10-2015 01:22 PM | Show all posts |Read mode

Kerajaan terpaksa membuat keputusan 'sukar', seperti memansuhkan subsidi bahan api dan memperkenal Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), bagi membolehkan negara merealisasikan bajet seimbang.

"Seperti sasaran, kita yakin menjayakan bajet seimbang, atau hampir sedekat mungkin, pada 2020," katanya dalam ucapan pada Forum Transformasi Global di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam merealisasikan sasaran itu, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata beberapa keputusan sukar perlu diambil, termasuk memansuhkan subsidi bahan api, dan pelaksanaan GST, pada April tahun ini.

Kedua-duanya kata Perdana Menteri merupakan antara keputusan paling sukar yang diambil oleh kerajaan bagi menggalakkan daya saing serta meningkatkan asas percukaian dengan ketara.

"Bukan semua orang suka dengan langkah ini. Namun tindakan itu perlu untuk kita meneruskan transformasi," katanya.

Strategi perlu disusun semula bagi memastikan objektif dan hasrat negara kekal teguh serta mengekalkan wawasan jangka panjang untuk Malaysia dalam kekangan ekonomi global semasa, kata Najib.

Penurunan harga minyak dan komoditi, jangkaan peningkatan kadar faedah oleh US serta penyusutan nilai Yuan China, sukar untuk negara dagangan seperti Malaysia, katanya.

"Pelaburan semakin berkurangan. Saingan untuk pelabur global semakin meningkat, dan ekonomi kita dalam kedudukan bahaya terperangkap dalam kedudukan pendapatan sederhana. Perlu ada enjin pertumbuhan dan pencergasan," katanya.

Najib berkata negara perlu keluar daripada perangkap pendapatan sederhana untuk meneruskan matlamatnya menjadi negara berstatus pendapatan tinggi pada 2020.

"Kita perlu galakkan pertumbuhan, dan pada masa yang sama mengurangkan ketidakcekapan - tanpa berkompromi ke atas taraf hidup. Kita perlukan transformasi," katanya.

Najib berkata defisit fiskal Malaysia melalui momentum positif setiap tahun sejak bermulanya Program Transformasi Nasional pada 2010, susut kepada 3.4 peratus tahun lalu berbanding 6.7 peratus pada 2009, permulaan tahun pelaksanaan transformasi.

Pencapaian baharu dari segi defisit fiskal akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini semasa pembentangan Bajet 2016, katanya.

Pelan transformasi nasional yang meliputi Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi, membantu menangani pembangunan luar bandar, pengangkutan awam bandar dan membantu isi rumah berpendapatan rendah.

"Ini menjadi inti pati transformasi kita memandangkan ia mesti berkekalan dan terangkum. Kita mahu semuanya dikongsi bersama, tanpa mengira usia, lokasi, kepercayaan dan etnik, kerana transformasi adalah untuk semua rakyat Malaysia," katanya.

- Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 01:24 PM | Show all posts
apa susah, najib ko turun je la klau x mampu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 01:28 PM | Show all posts
bluehedgehog replied at 21-10-2015 01:24 PM
apa susah, najib ko turun je la klau x mampu

Ari ni babi berapa ekor laku?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 01:39 PM | Show all posts
tak payah fikir fikir lah.........
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 01:42 PM | Show all posts
hari1 replied at 21-10-2015 01:28 PM
Ari ni babi berapa ekor laku?

x laku, cuma sekor je @hari1 disembelih
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 02:04 PM | Show all posts
kalo susah sangat bagi jelah kat orang lain buat keputusan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2015 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke ko yg buat keputusan pokjib oi??? Ntah2 ikut telunjuk org lain
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 02:08 PM | Show all posts
aechae replied at 21-10-2015 02:06 PM
Ye ke ko yg buat keputusan pokjib oi??? Ntah2 ikut telunjuk org lain

sah2 la ikut telunjuk kak mah...tahun ni bajet utk permata naik lagi.kompom arrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 02:12 PM | Show all posts
Siap ade bajet tuk permata.... xde lgsg pon xpela jila k   e.... buat kt bnda lain y lg berfaedah lg bgs...
xyah nk naikkan sgt gaji polis n tentera tu... baik ko laburkan kt perumahan kos rendah lg baik...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 02:48 PM | Show all posts
kalau rasa susah, ko turun je bior org lain yg lebih bijak, duk kat tmpt ko tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon pokjib kepit toksah susah2 pikiaq

Turun ja..kami alu-alukan penurunan pokjib kepit
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 02:51 PM | Show all posts
aechae replied at 21-10-2015 02:06 PM
Ye ke ko yg buat keputusan pokjib oi??? Ntah2 ikut telunjuk org lain

bijan ikut telurjub kak pinky
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:08 PM | Show all posts
So jgn heran la jibun oii  kalo jenayah rompak ragut bagai nnti makin meningkat

makin ramai jd mangsa & jd pemangsa sbb life makin perit & desperated
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah la mana nak kasi nekmah lgi, mana nak joli sepentot lagi, nak kasi kroni , nak tabur gula2, nak tabur janji  lagi. Semua tu perlu duit sbb tu rakyat terpaksa didahulukan cukai dan kenaikan barang , pencapaian duit poket sendiri diutamakan!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 05:21 PM | Show all posts
hoiiii susah nyer.... lol
turun je la bi....ba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.090515 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list