View: 3720|Reply: 18
|
[Tempatan]
Setahun Jokowi Jadi Presiden, Jerebu Terburuk Sejarah Dunia
[Copy link]
|
|
Setahun Jokowi Jadi Presiden, Jerebu Terburuk Sejarah Dunia Oct 20, 2015 242
344Shares
TANGGAL 20 Oktober 2015, genap setahun Joko Widodo menjadi Presiden Indonesia yang ketujuh menggantikan Susilo Bambang Yudhoyono, sudah timbul suara-suara desakan mahu beliau segera berundur dari jawatannya.
Media tempatan pada Selasa melaporkan ramai melihat pemilihan bekas gabenor Jakarta berusia 54 tahun itu dilantik mengetuai Indonesia sebagai satu kesilapan terbesar dalam sejarah politik republik tersebut selama ini.
Personaliti beliau yang lebih mesra disebut Jokowi jauh berbeza daripada Susilo, apabila sebilangan besar warga Indonesia ‘menangisi’ pengunduran presiden keenam itu kerana kekangan daripada perlembagaannya sendiri.
Susilo melakar sejarah sebagai presiden pertama negara itu bertugas sedekad tetapi terpaksa ‘berundur’ tahun lalu susulan undang-undang melarang penyandangnya berkhidmat lebih dua penggal berturut-turut atau 10 tahun.
Secara kebetulan, calon lawan Jokowi pada pemilihan umum tahun lalu ada masalah penampilan dan pelbagai isu sampingan, maka media antarabangsa berjaya ‘menyemai’ sentimen rakyat bahawa Jokowi lebih layak dipilih.
Ramai penganalisis politik waktu itu memberi amaran, kejayaan Jokowi lebih bersifat permainan persepsi positif dan ‘perang saraf’ media sosial tetapi rakyat tiada pilihan kerana lawannya, Prabowo Subianto pula lebih teruk.
Itu cerita setahun yang lalu apabila Jokowi dilantik menjadi presiden hanya kerana populariti jentera propaganda partinya PDI-P sekali gus ‘menenggelamkan’ banyak sisi hitam beliau dan cuba disembunyikan sebaik mungkin.
Hari ini selepas setahun berkhidmat, kisah kegagalan Jokowi tidak dapat disorokkan lagi malah ‘terbongkar’ secara semula jadi, bukan oleh musuh-musuh politiknya tetapi bencana kuasa alam ciptaan Ilahi yang dipanggil jerebu.
Sebuah akhbar terkenal negara itu, Republika yang cenderung kepada gerakan Islam dan diasaskan pada 1992 lalu oleh bekas presiden B.J. Habibie; baru-baru ini menyiarkan di muka depannya penuh dengan suasana kabur.
Ia menjadi viral di Indonesia sebagai simbolik betapa pembaca sendiri pun ‘susah’ hendak membaca muka depan akhbar harian tersebut akibat masalah jerebu yang kali ini dianggap paling buruk dalam rekod sejarah dunia.
Ironi pada 10 Oktober lalu, Jokowi dengan penuh yakin mendakwa, isu jerebu atau asap kabut dalam bahasa Indonesia itu bakal lenyap menjelang dua minggu lagi bersempena genap setahun beliau menjadi presiden.
Malangnya ia nyata amat mustahil kecuali berlaku keajaiban dan lebih teruk, Palangkaraya sebuah bandar terbesar di wilayah Kalimantan Tengah menjadi viral ekoran diselimuti jerebu kuning pekat sejak Jumaat minggu lalu.
Bayangkanlah dengan bacaan rasmi Indeks Standard Pencemaran Udara dikeluarkan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia yang mencecah 2,483 dengan jarak penampakan pula hanya 10 meter!
Malangnya badan berkenaan mendapati tiada titik panas dikesan di wilayah tersebut sebaliknya jerebu dibawa dari wilayah berjiran termasuk pulau Sumatera yang dilanda puluhan pembakaran hutan dan ladang pertanian.
Tidak semena-mena juga terminal udara Pangkalan Bun yang sebelum ini popular semasa tragedi pesawat AirAsia QZ8501 terhempas akhir tahun lalu terpaksa diaktifkan semula untuk kerja-kerja operasi pemadaman api pula.
Mungkin inilah kejayaan terbesar Jokowi apabila masyarakat antarabangsa mengenali beliau dengan isu jerebu dan lebih aib, carian terkini Google sendiri menunjukkan ‘Jokowi Asap’ paling dicari netizen dari seluruh dunia.
Barang kali apakah kita boleh lagi mempercayai jaminan Jokowi kononnya masalah jerebu dapat ditangani dalam masa kurang empat hari lagi ini iaitu genap dua minggu tempoh tarikh akhir yang diarahkan beliau sebelum ini?
Jika gagal, Jokowi sewajarnya mengundur diri kerana tidak mampu pun untuk menguruskan masalah dalaman negaranya akibat kurang langkah penguatkuasaan sehingga menyusahkan pula banyak jirannya sejak dahulu lagi.
Apa yang pasti, ia memberi satu pengajaran berguna kepada kita semua bahawa pemimpin ‘popular’ belum tentu hebat dan sejarah membuktikan, bagaimana Susilo berjaya memerintah Indonesia 10 tahun tanpa masalah besar.
Jokowi patut malu dengan Susilo kerana beliau sudah ‘mempermainkan’ harapan rakyat, walhal pentadbirannya pula lebih teruk dan sukar dipercayai kecuali ada keajaiban muncul tiba-tiba. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
|
|
|
|
|
|
|
|
sure bangga kan orang indon ... sebab dah mencatat satu lagi rekod dunia |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia tak nak ikut ke sbb yindon dah cipta rekod dunia ni.... kita mana boleh kalah |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia & indon ni dapat pemimpin x leh pakai |
|
|
|
|
|
|
|
bangga trisna laki insinyur
|
|
|
|
|
|
|
|
bangga tak bertempat
|
|
|
|
|
|
|
|
Indon2 ni lahir2 je terus bodoh ye?
Ayat sapa tah hari tu |
|
|
|
|
|
|
|
ko tak takut C4 kah??
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 21-10-2015 10:41 AM
Indon2 ni lahir2 je terus bodoh ye?
Ayat sapa tah hari tu
Haha ayat bang @loxlakman ke cmne tah ejaannya
"Indon mmg branakkan org bodoh ke"
Hihi |
|
|
|
|
|
|
|
MissNigga replied at 21-10-2015 10:19 AM
bangga tak bertempat
tak berangan ni tak yindon la....
dna yindon sebati dgn kebodohn tak terhingga..... avoid kahwin ngan yindon... yakni jawa berangan |
|
|
|
|
|
|
|
jab..jab...Indon takmo claim ka Jokowi dgn Jerebu ni derang punya??? |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag posted on 21-10-2015 02:41 AM
Indon2 ni lahir2 je terus bodoh ye?
Ayat sapa tah hari tu
ayat awaklah tu .. tanya pulak |
|
|
|
|
|
|
|
nreezt posted on 21-10-2015 04:56 AM
jab..jab...Indon takmo claim ka Jokowi dgn Jerebu ni derang punya???
jokowi n jerebu berpisah tidak.. bak aur dan tebing |
|
|
|
|
|
|
|
leh pakai tagline ni...ingat jerebu ingat jokowi.... |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia cipta rekod lain plak...pm paling kebal di dunia abad ke 21
|
|
|
|
|
|
|
|
tak seterok 1997, 2005, 2013..
seingat abam k, 1997, bacaan melebihi 700 API...
|
|
|
|
|
|
|
|
apa la jokowi,,soh dia belajar dari Najib, at least najib dah ada 2.6B .. RM tau, bukan Rupiah... |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha... tggu pengiktirafan world guinness book of record je ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|