View: 4483|Reply: 14
|
Harga 400K Manalah Nak Mampu!
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Ingatkan bila belajar tinggi-tinggi, kerja bagus dan dapat gaji besar bolehlah beli rumah sendiri. Namun, miliki rumah sendiri buat masa ini harus dilupakan sementara. Harga melambung tinggi untuk sebuah rumah dalam lingkungan harga RM300,000 ke atas sudah pasti mematikan keinginan tersebut.
Gaji pula setakat RM900 ke RM2,500 sahaja. Bekerja di sektor kerajaan mungkin ada peluang cerah untuk membuat pinjaman, namun jika di swasta? Manalah nak mampu untuk membayar rumah RM1,500 ke atas tersebut untuk sebulan.
Sudahlah perbelanjaan di bandar meningkat naik, kadar tol yang tinggi dan perumahan yang dibina pula sesuai untuk mereka golongan kaya sahaja. Bayangkan, di Lembah Klang seperti Klang, Meru dan Shah Alam perumahan yang dibina langsung tidak masuk dek akal. Golongan belia sah-sah tidak dapat untuk membeli rumah untuk permulaannya.
Kenyataannya, memiliki rumah sendiri adalah suatu kebanggaan walaupun tidak mewah dan ia hanya sederhana. Sekurangnya-kurangnya individu mempunyai aset.
Harga rumah saban tahun meningkat naik, jika pemaju hanya membina rumah kos tinggi dan mewah, bagaimana pembeli golongan sederhana dan rendah mahu beli?
Jika pendapatan bulanan dibayar tinggi, pasti isu ini tidak menjadi siulan sehingga ke hari ini. Malahan, ia akan berterusan disuarakan.
Jangan lupa untuk saksikan Pembentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015, Jumaat ini. Isu rumah mampu milik ini akan dibentangkan dalam Bajet 2016. - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
belilah rumah ikut kemampuan.. ni ada hati nak yang guard n gated, swimming pool, gym bagai walhal _________ (sila isi tempat kosong)
|
|
|
|
|
|
|
|
hari2 mampu makan fastfood |
|
|
|
|
|
|
|
aku mampu tengok je... baik beli tanah pas2 bina rumah sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg mudah berkata "belilah yang mampu... " namun yang mampu itu dimana lokasinya... rumah harga lingkungan 100k - 250k kalau di lembah kelang sudah tentu lokasinya jauh di bandar tempat bekerja.. dan kalau sanggup berulang alik dgn perjalanan yg jauh maka kos perjalanan pula menjadi kiraan.. minyak, tol, masa dan lain2.
Masalah tidak mampu membeli rumah ini adalah masalah setiap rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah tidak kira swasta @ kerajaan. Wlaupun untuk membuat pinjaman dikatakan kakitangan kerajaan lebih mudah berbanding swasta, namun ia tidak dapat membantu mereka memiliki rumah kerana potongan gaji yang dibenarkan sehingga 60% daripada gaji hakiki shaja (cth: gaji RM1000 potongan yang dibenarkan ialah max RM600). Sebenarnya dlm hal ini pkerja swasta munkin ada kelebihan kerana mempunyai kadar gaji yang lebih tinggi.
Tp macamana pun krjaan perlu ada satu jalan untuk atasi masalah ni.. salah satunya masalah ajen perumahan yang membeli rumah dr pemaju kemudian menjual semula kpd pengguna dgn harga yang lebih tinggi. selain itu, spekulasi tentang sesuatu tmpat akan maju, akan ada itu ada ini pn mempengaruhi kenaikan harga.. yang terbaru spekulator2 ini akan menggunakan modal bhawa mrt n highway akan dibina di kawaan tersebut.. cuba tgk di kawasan puncak alam (shah alam 2) dulu hebat diperkata akan membangun..tp realitinya smpai skang tidak seperti yang digambarkan..pembeli yg beli rumah disana nak sewakan rumah teres 2tkt rm 1000 pn ssh.. mungkin UITM yg dah beroprasi akan dapt bntu menaikkan sedikit kot harga kat situ.
Cuma memberi pandangan..
|
|
|
|
|
|
|
|
tanah sekangkang kera mana yg korang mampu beli skrg? nun dihujungtanjung...cewah dgn harapan lps pencen baru nak bina rumah??? lol |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih atas pandangan dan perkongsiannya
|
|
|
|
|
|
|
|
carilah yg murah, bukan tiada.pui |
|
|
|
|
|
|
|
ini gejala di seluruh dunia, bukan di kl shj, contohnya...
prime location mestilah harga mahal, sbb permintaan tinggi...
sg, ny, london, beijing, tokyo, sydney, semua mmg gitu...
kenalah fikirkan utk diri sendiri...
luar kawasan premium, kje di luar kawasan premium.. u have the choices...
the earth will still rotates without us...
|
|
|
|
|
|
|
|
ok tq.. meh berenti keja n cari keja kat kaw bkn premium.. pertanian itu perniagaan..
|
|
|
|
|
|
|
|
buka gerai ramly beger pun bole asal halal |
|
|
|
|
|
|
|
Harga 100k pun aku tak mampu. |
|
|
|
|
|
|
|
kerja dari rumah. asal tempat tu ada liputan internet berkelajuan tinggi bukan semput.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|