Edited by CARI-SFG at 20-10-2015 03:28 PM
Oleh Fyruz Hanna
"Manja dia mengerang bagaikan seekor kucing...."
Itu antara kata-kata dipetik dalam buku berjudul Nazi Goreng hasil terjemahan daripada Duubok.
Buku ini bukan buku baru ia sebenarnya karya asal daripada Marco Ferrarese yang dialih bahasa ke dalam Bahasa Melayu. Kisah mengenai kehidupan skin head dan punk yang diselang-selikan dengan gigs, band serta muzik.
Jadi apa masalahnya?
Yang menjadi masalah, seperti dikongsi pengguna Facebook Reza Zainal, semasa mengamati kandungan buku ini, terkeluar pula adegan yang mencirikan bahan lucah lembut (soft porn).
Jadi dimana silapnya apabila buku sebegini mampu sebaris antara buku terlaris dijual di kedai buku popular?
Bagaimana pula peranan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dilihat seakan terlepas pandang mengenai penapisan/saringan kandungan sebegini.
Membaca sahaja sudah boleh merosakkan minda masyarakat. Buku versi Bahasa Inggeris telah diharamkan penerbitan di Malaysia pada awal Julai lalu (sumber: kdn), namun buku yang sama untuk versi Bahasa Melayu masih lagi tidak diharamkan.
Diharapkan pihak yang berwajib dapat membuka mata sebelum masyarakat mengerang umpama kucing untuk menangkis isu ini. -CARI Infonet.
|