View: 3669|Reply: 29
|
[Tempatan]
Proses Pengambilan Guru Terlatih Bahasa Inggeris Dari India.PERLU ATAU TIDAK
[Copy link]
|
|
Proses Pengambilan Guru Terlatih Bahasa Inggeris Dari India Oct 20, 2015 25
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan
0Shares
KUALA LUMPUR – Proses pengambilan guru terlatih Bahasa Inggeris dari India di bawah program Jurulatih Pakar Pembangunan Prestasi Sekolah (SISC+) akan selesai dalam masa terdekat, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata kesemua guru itu akan ditempatkan di beberapa sekolah luar bandar seluruh negara termasuk sekolah-sekolah ‘hot spot’ bagi membantu guru Bahasa Inggeris tempatan meningkatkan kompetensi di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
“Memang menjadi salah satu agenda kementerian untuk membawa guru-guru terlatih dari India dalam masa terdekat untuk tambah baik mutu penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran sekolah-sekolah luar bandar di negara ini,” katanya.
Beliau menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) yang ingin tahu tentang cadangan kementerian membawa masuk guru-guru terlatih Bahasa Inggeris dari India ke negara ini.
Kamalanathan berkata program SISC+ itu mampu meningkatkan kesedaran guru kepada amalan pengajaran yang lebih efisien di samping pengurusan sekolah yang lebih cekap.
Menjawab soalan asal Che Mohamad Zulkifly mengenai status kualiti pendidikan negara menjelang berakhirnya gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015, Kamalanathan berkata pelaksanaan inisiatif PPPM telah menampakkan hasil melalui beberapa pencapaian awal yang memberangsangkan.
“Daripada 1.3 juta murid yang melalui proses saringan program Linus 2.0 tahun lepas, 98.7 peratus murid Tahun Tiga telah berjaya menguasai literasi asas Bahasa Melayu, 99 peratus menguasai numerasi asas manakala 83 peratus murid Tahun Dua berjaya menguasai literasi asas Bahasa Inggeris,” katanya.
Tambahnya, pada tahun lepas juga sebanyak 62 modul intervensi Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) telah dibangunkan sebagai langkah jangka panjang bagi memastikan standard kurikulum serta penilaian kebangsaan.
Kamalanathan berkata syarat pengambilan guru baharu telah diperketatkan bagi memartabatkan profesion perguruan dengan 100 peratus guru pelatih baharu yang diambil pada 2014 memperoleh sekurang-kurangnya 5A di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
“Bagi mereka yang mendaftar program Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau TESL pula perlu mendapat gred A untuk subjek Bahasa Inggeris,” katanya.
Pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah gelombang pertama PPPM adalah bagi mengurangkan jurang pencapaian sekolah bandar dan luar bandar yang agak ketara kini selain membuahkan lebih banyak kejayaan bukan sahaja dari aspek prestasi akademik malah pengurangan jurang sosioekonomi murid luar bandar menjelang 2020. – BERNAMA
p/s:haritu hampa bawak americans,ni hampa bawak yang dari India pulak.hampa ni satu hal local grad tesl ni depa nak pi mana pulak?satu keperluan ka kehendak hampa nak buat duit sebenaqnya?
|
|
|
|
|
|
|
|
ui... dahla bawak dari India sana tu....pastu nak letak kat kawasan pedalaman...mmg macam itik dgn ayam jer la...dia tak paham apa org cakap, org pun tak paham apa dia cakap...
kalo pure india nie....walopun tulisan dalam english blh la dikatakan agak power, tapi bila tulis kat papan putih/ hitam dgn bercakap english pun org ingat dia bercakap/ tulis dalam bahasa urdu...
bagus lagi ambik orang tempatan... |
|
|
|
|
|
|
|
p/s:haritu hampa bawak americans,ni hampa bawak yang dari India pulak.hampa ni satu hal local grad tesl ni depa nak pi mana pulak?satu keperluan ka kehendak hampa nak buat duit sebenaqnya? dia nak bawak sedara mara masuk tu
|
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu kot.
aku blajo dgn cikgu Tamil tempatan elok je English aku sampai skarang. buat thesis xde masalah pun dulu.
wowww nanti budak2 slang Hindustan |
|
|
|
|
|
|
|
guru bhsa inggeris ni mnkn thosei, n curry, biarlah standard sikit, bwa yg mkn cheese,mkn fish n chip kaa |
|
|
|
|
|
|
|
kelmarin dlm group wasap aku bgtau (cikgu sendiri yg bg tau ni)
ada cadangan dr gomen nak ambil guru dr China lak utk bahasa china
mulai tahun 2016 semua sekolah wajib belajar bahasa china |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa India. Memang diorang terkenal dengan ENglish yg terlampau bagus ke, macam mana? Missing info la pulak.
Tapi ye la, train student TESL dng pendekatan baru ke apa ke...
lepas tu hantar rural area.
Orang Malaysia lagi faham Malaysian kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Penting jgk tuh utk undi. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah kreatip betul caranya
|
|
|
|
|
|
|
|
India?? Why india?? Nanti dorg speaking ada slang india susah nk catch up...bawa mai laaa dr UK ke US ke...english ok & lg semangat students nk blajaq...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa macam tak de keperluan pun waima dari sanun.ada satu kolej ni aku dengar siap buang habis local tesl lecturers dan amik laaaa BBNU dari states sanun bawak mai ajaq english padahal grammar pun tunggang langgang dari yang local.Gaji double dari local.Surface jugak yang di pandang dekkk.Kalau depa nak bawak masuk satu dua experts aku setuju untuk train these teachers and lecturers.Tu pun untuk jangka masa pendek.Patut gunapakai jah apa yang existing ni ha bagi perelok
|
|
|
|
|
|
|
|
Yea... b.... c.... d.... yee...
wuzzdiz? (who is this?)
hausvife (housewife)
vat? (what?)
garrrrrrbage.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ish...aku prefer chinese..bukan nk racist tp pengalaman aku deal dgn cg BI indian..dorang mmg fluent tp slang tu aku x tahan..huhuhuu |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia dah kekurangan Guru terlatih bahas inggeris ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Indian kat sini skrg dah bagus english.... nak tunjuk depa pandai english punyerla speaking dalam train kuat2.. sampai org jauh dalam train pon boleh dengar... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau timbalan menteri cina, dia ambik dr China la. Ni timbalan menteri India so dia ambik dr India la... senang nak deal
Mana pergi program penutur jati english sebelum nih. Bayar mahal2 tp tak nampak hasilnya.
Kan baik train org malaysia sendiri. Ada yg hanya duduk Jenjarum tak pernah pegi oversea pun slang mengalahkan mat salleh penutur jati
Rasanya student TESL pun apa kurangnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Bedah.Cun replied at 20-10-2015 02:36 PM
I hengat I sorang jer yang perasan... Hilariousssss!!!
I slalu jumpe and notice bende ni... ade yg ok speaking sampai kesudah..ade yg campur2 bahasa depa ddengan english.. tapi mmg kuatttt depa bercakap...urbann sgtt |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah hapa2...
Train cikgu mesia sdri la weiii...knp suka buat benda2 x pekdah mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Latih je warga tempatan lebih mudah murid2 nak faham nak2 yang duduk dikawsan luar Bandar. Bahasa ni kemahiran kalau selalu digunakan makin mahir le nanti. Tapi kalau sekadar mengajar untuk lulus peperiksaan mana nak mahir. |
|
|
|
|
|
|
| |
|