CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2270|Reply: 0

Mengapa Air Suam Dikatakan Rahsia Kecantikan?

[Copy link]
Post time 20-10-2015 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Minum air putih atau air suam sangat bagus untuk kesihatan. Pengambilan 8 gelas sehari atau 2 liter air putih harus diamalkan.



Mengapa air suam dikatakan untuk kecantikan?

1. Membantu menguruskan badan

Air suam berupaya untuk membuang lemak dan melancarkan proses di usus. Ia juga meningkatkan metabolisme sehingga menjadikan berat badan anda seperti yang diidam-idamkan.

2. Melenakan tidur



Merendam kaki dan mandi dengan air suam akan memberi kesegaran. Tubuh akan menjadi 'relaks'. Tidur akan menjadi nyenyak dengan tanpa gangguan. Tidur yang nyenyak akan mengelakkan daripada timbulnya lingkaran hitam bawah mata.

3. Mencegah jerawat dan penuaan

Dengan menggunakan air suam untuk membasuh muka, ia mengelakkan jerawat daripada tumbuh. Air suam juga ini sangat baik untuk melancarkan pengaliran darah.

4. Melembabkan kulit


Amalan minum air suam secara harian membantu menjaga kelembaban kulit. Air suam boleh mencegah daripada kulit kering dan bersisik.

Untuk pengetahuan, jika anda biasa minum air berais atau sejuk, ia akan menyebabkan usus anda menyempit dan membekukan sisa-sisa makanan di dinding usus. Oleh itu, untuk penjagaan usus dan kecantikan dalaman, amalkan minum air suam selalu. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.231795 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list