View: 6016|Reply: 53
|
[Tempatan]
Julat gaji fresh graduate kekal antara RM2,100 - RM2,300 sebulan
[Copy link]
|
|
CYBERJAYA: Persepsi negatif terhadap keadaan ekonomi semasa negara tidak mencerminkan senario pasaran pekerjaan yang sebenar.
Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) Johan Mahmood Merican berkata asas ekonomi negara masih kukuh dengan Keluaran Dalam Negara Kasar antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus.
Katanya walaupun kadar pengangguran naik sedikit daripada 3.0 peratus kepada 3.2 peratus, kadar tersebut masih dianggap sebagai guna tenaga penuh.
"Keadaan ekonomi semasa kita masih terurus dan kerajaan memantau keadaan dengan teliti serta telah mengambil langkah-langkah awal.
"Ini termasuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan mendaftar lebih ramai graduan untuk Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Skim Pengurusan Kebolehpasaran Graduan (GEMS) daripada lebih 10,000 pada tahun ini kepada 15,000 pada 2016," katanya baru-baru ini.
Johan berkata walaupun terdapat penyederhanaan dalam sektor tertentu, terutamanya dalam industri minyak dan gas apabila pengambilan pekerja terjejas disebabkan harga komoditi rendah, keadaan itu telah diimbangi oleh pertumbuhan dalam sektor lain.
Selain itu, katanya melalui kerjasamanya dengan JobStreet.com, TalentCorp memperoleh gambaran yang lebih baik mengenai pasaran pekerjaan berikutan syarikat pekerjaan dalam talian itu dapat mengesan jumlah pekerjaan yang diwujudkan.
Sementara itu, Pengurus Negara JobStreet.com Chook Yuh Yng berkata walaupun terdapat persepsi negatif terhadap ekonomi, jumlah pekerjaan yang dipaparkan di laman webnya lebih kurang sama dengan tahun lepas.
"Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah pekerjaan yang dipaparkan di JobStreet.com adalah 1.5 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas. Bagaimanapun, jumlah tersebut susut satu peratus pada suku ketiga tahun ini berbanding suku sama tahun lepas.
"Berdasarkan kajian prospek pasaran pekerjaan kami, untuk tiga suku yang lepas, kami menyaksikan sentimen agak negatif dari segi ramai majikan kurang mengambil pekerja dan orang ramai lebih berhati-hati.
"Bagaimanapun, senario pasaran pekerjaan tidak begitu susut dan kami terus memantau keadaan," katanya.
Yuh Yng berkata julat gaji untuk graduan baharu adalah hampir sama dengan tahun lepas iaitu antara RM2,100 dan RM2,300 sebulan.
JobStreet dan TalentCorp baru-baru ini menjalin kerjasama untuk membangunkan graduan yang bersedia untuk industri bagi Zon Pembabitan Industri TalentCorp (Ind-E-Zone) yang memastikan mereka lebih bersedia dalam proses mencari kerja.
Ind-E-Zone merupakan pusat maklumat kerjaya yang menghubungkan pelajar dengan kandungan berkaitan industri dan mendidik mereka mengenai peluang latihan dan kerjaya dalam industri utama Malaysia.
JobStreet akan bekerjasama dengan TalentCorp untuk meningkatkan aktiviti Ind-E-Zone termasuk program duta pelajar, latihan hari pasaran dan ceramah kerjaya universiti.
Menjelang akhir tahun ini, sebanyak 11 Ind-E-Zone akan diwujudkan di universiti awam di seluruh negara. |
|
|
|
|
|
|
|
2007, 1st keje 2,300. 3bulan confirm 2.5. 1 tahun 3k.
Ini degree holder punye stat ke overall?
Mcm kencing he stat. 2007-2015 xde beza, harga barang tiap2 BULAN naik.
Mfmmfmfmfmfmfmmfmfmfffgghhffggff |
|
|
|
|
|
|
|
4-5 tahun lps pn range cenggitu jugak |
|
|
|
|
|
|
|
choiiii.. itu tangga gaji 10 thn lps..
nampak sangat tak pernah naik2..
nak naik cepat kena lompat kompeni lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
nk kaya, sila isi borang keahlian umno dula la... |
|
|
|
|
|
|
|
5 thn lepas starting aku fresh grad degree pon dh 2.7k ... terok nyeee kalo average skang 2.1-2.3k je.. kesiaannn |
|
|
|
|
|
|
|
bergantung kepada kerja apa, company mana, tempat dan lain lain....
sebab akak percaya graduan kejuruteraan dan graduan sains sukan berbeza gaji... |
|
|
|
|
|
|
|
semua graduan baru harus diberi gaji antara rm2100 - rm2300 ke walaupun dia terima jawatan sbg admin assistant jah? |
|
|
|
|
|
|
|
graduan jurutera gaji stended basic 2.2k, elaun 600 jadila 2.8k. pastu merungut tak ckup
datang org tua2 kata zaman dia dulu itu ini itu ini cukup je.fresh grad skarang taunya bermewah |
|
|
|
|
|
|
|
10 tahun lepas aku first time kerja pun gaji starting fresh (termasuk allowance bagai) atas RM2,100 jugak. Skarang pun masih sama? |
|
|
|
|
|
|
|
rendah lagik gaji marketing.. |
|
|
|
|
|
|
|
utk jawatn yg perlukn degree lah sis...executive lah slalunya
|
|
|
|
|
|
|
|
Kampeni aku keje bagi 3k utk fresh grad |
|
|
|
|
|
|
|
Yes, apa yang ditulis dalam artikel tu memang betul. Kalo area kampung2,ada je grad yang gaji 1500 tau .
Sebab tu ada parent yg galakkan anaknya join program realiti nyanyian dan lakonan tu. Keje berapa jam je. Tapi bayaran boleh tahan. Kalo yang jenis beringat, time dia glemer, Muda, simpan duit. Dah agak2 sendu sikit, buat bisnes yg dia suka |
|
|
|
|
|
|
|
yang below 2k pun ada.. tengok pada company gaks. |
|
|
|
|
|
|
|
ONce upon a time almost 7 yrs ago gaji starting dak2 fresh grad time tu pon range cenggini..agak 10 tahun lg rate pon sama maka jadi negara miskin le |
|
|
|
|
|
|
|
15 tahun dulu pun starting gaji lebih kurang sama je wei. Inilah akibat lambakan graduan yang terlampau banyak, jadinya gaji pon depressed. |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 19-10-2015 06:24 PM
semua graduan baru harus diberi gaji antara rm2100 - rm2300 ke walaupun dia terima jawatan sbg admin ...
X agree sis... ayol rasa patut 3500... |
|
|
|
|
|
|
|
ellooooooooo
dulu nasi lemak 20 sen sama mcm nasi lemak singgit skrg
50 sen nasi lemak dulu sama mcm sepinggan nasi lemak premium skrg... siap telur dadar seketol
|
|
|
|
|
|
|
|
company mana nak bayar admin assistant rm3500 dik?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|