|
Oleh Adib Za
Buat anda yang gemarkan minuman teh, jangan dibuang uncang teh itu.
Memang benar, ia mampu memberikan manfaat kepada kulit wajah dan keseluruhan badan! Itulah dia manfaat daun teh yang kaya dengan anti-oksidan.
1. Mata rasa letih
Seharian mengadap komputer, masakan tidak terasa letih terutama di sekitar kelopak mata. Ambil uncang teh yang direndam dalam air sejuk atau ais, tempelkan pada kelopak mata selama 10 minit.
2.Kaki berbau
Kadang kala, kaki menghasilkan bau kurang sedap selepas seharian memakai kasut. Rendamkan kaki anda dengan air sejuk yang dimasukkan uncang teh. Rendam selama 15 minit.
(Sumber foto: healthyandsmartliving)
3. Luka cukur
Jika anda terluka ketika mencukur wajah, atau bahagian lain, tempelkan uncang teh yang sejuk ke bahagian kulit tersebut. Anti-oksidan mampu melegakan kulit.
4. Merawat jerawat
Risau jerawat makin banyak di wajah anda? Ambil teh yang telah digunakan dan usap pada wajah. Ibarat menjadikan ia skrub. Ia mampu mengecutkan jerawat dengan cepat. - CARI Infonet
SUmber: Tribun Sumsel |
|