|
Oleh Izzah Abbasy
Cuti sekolah dah hampir tiba. Ke mana destinasi sesuai untuk bawa anak-anak sekeluarga? Masih dalam perancangan? Cubalah bawa anak-anak melawat sekitar Malaysia sahaja. Masih banyak tempat yang menarik dan cantik yang kita sendiri tidak tahu.
Lokasi kali ini, penulis kongsikan dengan anda taman tema di Temerloh, Pahang. Ia dikenali sebagai Kubang Gajah Mini Water Park. Airnya membiru seakan berada di taman tema atau hotel terkemuka.
Atuk, nenek, ayah, ibu, abang, kakak, adik dan semualah boleh sama-sama mandi manda di sini. Apa tunggu lagi, rancanglah percutian anda untuk ke taman tema air ini. - CARI Infonet
CARI Infonet
Kredit Foto : mannasir/facebook.com |
|