CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10028|Reply: 47

Tomok & Aril Sambung Ijazah Di UUM

[Copy link]
Post time 15-10-2015 10:53 AM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA: Dua penyanyi iaitu Tomok dan Aril berjaya meluaskan lagi tahap pendidikan masing-masing selepas diterima sebagai salah seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda, Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM) sesi Oktober 2015.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 31, berkata, dia menerima surat tawaran tersebut pada Isnin lalu selepas mengambil beberapa ujian kemasukan dua minggu lalu bersama dua penyanyi tersebut.

"Alhamdulillah baharu semalam (Isnin) saya dapat surat mengatakan saya diterima untuk menyambung pengajian di UUM menerusi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).

"Perasaan teruja itu memang ada kerana sudah menjadi impian saya untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi dan akhirnya tercapai.

"Tambah manis apabila mengetahui rakan saya Aril turut diterima sebagai salah seorang penuntut program sama," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.



Aril tidak menyangka dapat peluang menyambung pengajian.

Program tersebut diadakan khas oleh pihak UUM untuk memberi peluang kepada penggiat seni dan ia pertama kali dibuat pada tahun 2010.

Antara selebriti yang pernah mengikuti program pengajian anjuran UUM ialah adalah Presiden, Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi, Zehra Zambri dan Diddy Hirdy.

Diddy yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia musim keempat, kini melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Industri Muzik di Universiti Liverpool, United Kingdom.

Tambah Tomok bagi seorang penyanyi sepertinya, kursus berkenaan membolehkan mereka belajar tentang aspek pengurusan dalam industri kreatif dan bukannya sekadar tertumpu kepada bidang nyanyian sahaja.

"Insya-Allah dengan ilmu yang ada kami boleh menguruskan kerjaya sendiri atau pun setidak-tidaknya tahu tentang aspek pengurusan tanpa terlalu berharap kepada pihak lain.

"Ilmu itu adalah jaminan masa hadapan dan ia tidak pernah merugikan malah sebagai selebriti kita boleh menjadi contoh terbaik kepada masyarakat," katanya.

Dalam pada itu, Aril atau nama sebenarnya,Khairil Azam Pilus, 30, berkata, dia pernah merancang untuk menyambung pengajiannya namun tidak menyangka peluang diberikan oleh pihak UUM datang tepat pada masanya.

"Saya sebenarnya mendaftarkan diri tanpa meletakkan sebarang harapan tetapi tidak sangka pula peluang itu datang secepat ini.

"Sudah tentu saya gembira kerana peluang sebegini bukan datang setiap hari tambahan pula ilmu itu penting buat persiapan pada masa hadapan," jelasnya.

Kedua-dua selebriti berkenaan dijangka menghadiri kuliah di kampus UUM Kuala Lumpur dekat sini yang mengambil masa selama empat tahun.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 10:56 AM | Show all posts
Tahniah. Tuntut lah ilmu hingga ke liang lahat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 10:58 AM | Show all posts
eloklah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 10:59 AM | Show all posts
tahniah...
klo ada peluang lagi, den pun nak sambung gak belajar...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah tomok..blaja rajin2 naaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 11:16 AM | Show all posts
belajar elok2 na.. tahniah tomok... ayam gurinngg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2015 11:23 AM | Show all posts
Tahniah   
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 11:32 AM | Show all posts
Mcm dah lama sgt tak dgr cite diddy... tau2 kat UK dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah aril awok....... Bini die tgh mengandung kan? Mesti comel anak die
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah..
Jadi contoh untuk anak2..
Kalau anak malas2..sound je papa tua2 pun belajar lagi tauuuu
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 01:13 PM | Show all posts
bagus la dek.
semoga maju jaya
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada 47 org celebrities sambung study di UUM

35 - Degree
12 - Master
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
KUALA LUMPUR: Seramai 47 orang penggiat seni ditawarkan untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kreatif (BCIM) dan Sarjana Sains Pengurusan mod Penyelidikan di Universiti Utara Malaysia (UUM). Hazama, Tomok, Aril, Taja (Meet Uncle Hussein), Fiza Elite, Pekin Ibrahim, Fattah Amin, Fiffy Natasha dan Adibah Yunus dipilih diantara 35 orang mengikuti program (BCIM).

Manakala Datuk Eizlan Yusof dan Fizo Omar adalah antara 12 yang akan mengikuti program Sarjana Sains Pengurusan mod Penyelidikan di bawah Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) UUM.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/89196?m=1
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 04:52 PM | Show all posts
hebattt...dapat tajaan atau loan
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 04:57 PM | Show all posts
tahniah......
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 05:02 PM | Show all posts
la..bru dpt offer letter ke? igt dh sem 1 ke sem 2...kdg2 artis ni suke kecoh2 benda kecik...ni bru dpt offer letter..die blm register pn lg...

lps ni g register k..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 05:29 PM | Show all posts
Berbangga aku dengar bile retis sambung blajar. Jadi contoh tuk adik2 remaja skang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 07:33 PM | Show all posts
Tomok spm berapa?????
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 07:36 PM | Show all posts
F685 replied at 15-10-2015 04:49 PM
KUALA LUMPUR: Seramai 47 orang penggiat seni ditawarkan untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda  ...

bila masa fizo buat degree ya? setahu iols dia sampai dip sajork...tapi demand nak wife yang ada degree katanya..masa tu lahh sebelum kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Latest HAZAMA pon masuk uum. Bukan ke heols mmg graduan uum sebelum masuk af?

takleh bukak thread sbb xleh upload pic
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.066928 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list