CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2283|Reply: 6

Melihat Hidupan Liar Secara Dekat di Sarova Salt Lick

[Copy link]
Post time 13-10-2015 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kymano at 13-10-2015 02:41 PM



Jika anda seorang pencinta alam semulajadi dan mahukan percutian menarik, Sarova Salt Lick Game Lodge di Kenya merupakan antara pilihan yang boleh anda pilih. Safari yang menyediakan servis dan penginapan unik pasti akan memberikan anda pengalaman indah.

Sarova Salt Lick terletak di santuari persendirian di kakibukit Taita Hills. Tempat seluas 28,000 ekar ini bersempadan dengan Tsavo West National Park. Pusat konservasi hidupan liar ini terletak kira-kira enam jam perjalanan dari bandar Nairobi dan tiga jam perjalanan dari Mombasa.




Sarova Salt Lick Game Lodge bukanlah seperti hotel kontemporari di bandar-bandar besar. Apabila sampai di rumah penginapan yang terletak di tengah-tengah rimba ini, pasti anda akan terasa seperti berada dalam filem klasik dan kembali ke zaman 1980-an.



Kesemuanya dibina di atas tiang tinggi di kawasan padang ragut dan sumber air untuk haiwan liar. Ia dibina berkonsepkan mesra alam supaya tidak mengganggu habitat haiwan di kawasan tersebut. Salah satu pemandangan yang mengujakan apabila anda dapat melihat kelibat haiwan liar mencari makanan dan minum di depan mata anda sendiri.


Terdapat 96 buah bilik berbentuk bujur lengkap berperabot dan kemudahan mandian air sejuk panas serta tandas. Anda juga boleh memilih bilik yang betul-betul berada di atas sumber air untuk melihat haiwan-haiwan liar tersebut minum secara berkumpulan.


Haiwan-haiwan  yang sentiasa datang dan berlegar di situ pasti menjadikan percutian anda di SarovaSalt Lick Game Lodge sentiasa diingati. Selain pemandangan yang menarik ditempat tersebut, anda juga mempunyai akses yang mudah untuk ke destinasi menarik lain di Kenya.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 05:12 PM | Show all posts
berkenan sy tgk bentuk hotelnya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 06:08 PM | Show all posts
bestnya. ni zirafah pun boleh mengintai kita kat tingkap.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:31 PM | Show all posts
bianglala replied at 13-10-2015 06:08 PM
bestnya. ni zirafah pun boleh mengintai kita kat tingkap.

jommm... belanja wa pigi
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 10:05 PM | Show all posts

best weiii kalau dapat pi safari ni.. tak terfikir pulak ada hotel tengah rimba camtu..


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 10:06 PM | Show all posts
bianglala replied at 13-10-2015 10:05 PM
best weiii kalau dapat pi safari ni.. tak terfikir pulak ada hotel tengah rimba camtu..

moh derah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2015 08:56 PM | Show all posts
cantik hotelnya  .
unik bentuknya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.062061 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list