|
Oleh : Fyruz Hanna
Seorang pelajar Angelina d'Auguste, yang mendalami jurusan fesyen di Institut Teknologi New York melakukan satu projek yang bakal menukar pandangan orang mengenai definisi cantik.
Mengetengahkan subjek albino, dia mengambil kesempatan membongkar kecantikan mereka yang menderita penyakit ini yang dialami oleh 18,000 sehingga 20,000 orang di Amerika.
Kebanyakkan mereka melihat penyakit ini sebagai taboo dan sesuatu yang ingin dijauhi. Malah, berinteraksi dengan golongan sebegini juga terkadang bukan pilihan ramai orang.
Kelainan genetik ini, menyerang semua bangsa dan etnik yang dikenalpasti sebagai kekurangan melanin dalam proses penghasilan rambut, kulit dan mata.
Bagi Angelina, penyertaan mereka dalam projek ini menunjukkan penerimaan masyarat terhadap golongan ini. Siapa sangka, apabila digambarkan bersama warna-warna pastel, ia memberikan sentuhan dan sisi cantik pengidap albino ini.
Walaubagaimana pun, kesukaran yang di alami oleh Angelina adalah apabila ada peserta yang menderita sindrom nystagmus merupakan antara salah satu keadaan mata yang dialami oleh mereka yang menghidap albino.
Dengan projek seumpama ini, ia membuka mata orang ramai betapa rendah keyakinan pengidap albino kerana ramai dari mereka yang tidak mahu bergambar tanpa mengenakan makeup.
Anda punya ahli keluarga atau kenalan yang mengidap albino? Apa pandangan anda mengenai mereka dan bagaimana layanan anda terhadap mereka? Kongsikan bersama kami -CARI Infonet.
Sumber: daily.co.uk |
|